Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP buka kaunter
bayar cukai taksiran Sabtu ini
Utusan Borneo Online: 2017-05-25
KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan membuka kaunter pada Sabtu ini (27 Mei) untuk membolehkan pemilik hartanah membayar cukai taksiran.
Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata tarikh akhir untuk pembayaran cukai pintu bagi suku pertama tahun ini adalah pada 31 Mei.
“Kaunter akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 4 petang termasuk waktu makan tengah hari, termasuk pada hari bekerja biasa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPP semalam.
Menurut Lo, terdapat sejumlah 64,523 hartanah di kawasan seliaan MPP.
Katanya 87 peratus atau 56,315 daripada jumlah 58,390 hartanah kediaman juga akan diberi pengurangan.
Selain itu, beliau berkata pembayar cukai hartanah di bawah MPP sebelum ini, yang kini diletakkan di bawah Majlis Daerah Serian (MDS) juga masih boleh membayar cukai di MPP atau kepada MDS.
“Pembayar cukai yang tidak pasti jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar bagi suku pertama tahun ini atau mereka yang tidak menerima bil cukai boleh menghubungi 082-615566 atau datang ke Bahagian Penilaian MPP,” katanya.
Caj tambahan satu peratus sebulan akan dikenakan jika bayaran suku pertama cukai taksiran dibuat selepas 31 Mei.

No comments:
Post a Comment