07 April 2017

Penderitaan pesakit angin ahmar mendapat perhatian Lo


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Penderitaan pesakit angin ahmar mendapat perhatian Lo



Utusan Borneo Online 2017-04-06
SIMPATI: Lo melawat Zakaria yang terlantar sakit di kediamannya di Kampung Paya Mebi.
KUCHING: Penderitaan pesakit angin ahmar Razali Sani, 52, di Kampung Paya Mebi dekat sini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang. 

Beliau kelmarin meluangkan masa melawat Razali di kediamannya bersama pegawai Tabung Baitulmal Sarawak bagi menghulurkan sumbangan dalam bentuk bantuan bulanan dan barangan keperluan dapur. 

Razali terlantar sejak diserang angin ahmar hampir sebulan selepas terjatuh menyebabkan dia tidak dapat bekerja. 

Kini tanggungjawab menyara keluarga itu dipikul oleh anak perempuannya yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pusat beli-belah di sini. 

“Kami membantu Razali dengan bantuan kebajikan daripada Tabung Baitulmal Sarawak. Beliau akan menerima bantuan bulanan dan barang keperluan dapur. 

“Hari ini (semalam) juga Tabung Baitulmal Sarawak memberi katil khas kepada Razali untuk keselesaannya,” kata Lo yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP).
Menurut beliau lagi Hope Place, sebuah pertubuhan amal akan melawat Razali untuk menyampaikan bantuan serta pertolongan lain yang diperlukan. 

“Saya amat berterima kasih kepada Hope Place kerana sedia dan berbesar hati membantu konstituensi saya yang memerlukan bantuan kebajikan. 

“Menerusi bantuan daripada Tabung Baitulmal Sarawak dan Hope Place, konstituensi saya sedar kekayaan simpati, kebaikan dan kemurahan hati tersembunyi dalam jiwa seseorang,” katanya.

No comments:

Post a Comment