17 November 2015

Projek perumahan terbengkalai berjaya diselesai


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Projek perumahan terbengkalai berjaya diselesai

% 2015-11-17
Selepas 15 tahun terbengkalai, kini pembeli hartanah projek perumahan Stapok Avenue

dapat menarik nafas lega
// Oleh Agnes Tugong // 



KUCHING: Selepas 15 tahun terbengkalai, kini pembeli hartanah bagi projek perumahan Stapok Avenue di Jalan Stapok Utama di sini dapat menarik nafas lega. 

Ini selepas, kerajaan me-nerusi Kementerian Perumahan tampil membantu menangani masalah ini dengan menyemak semula pelan bagi projek ini. 

Semalam, Menterinya Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg telah mengadakan lawatan ke tapak projek bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai perkembangan projek ber-kenaan. 

Ketika ditemui, Abang Johari berkata pemaju yang merupakan ahli Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) telah secara sukarela akan menyiapkan projek ini me-libatkan 13 unit rumah. 

“Kontraktor telah menghilangkan diri dan hartanah ini telah diletakkan di bawah pembubaran. 

“Memandangkan projek ini telah dibuat kira-kira 15 tahun lepas sebelum penubuhan tribunal perumahan maka kita telah menemui langkah untuk membantu pembeli,” katanya. 

Tambah Abang Johari, Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah bersetuju untuk membangunkan kemudahan awam iaitu jalan menuju kawasan perumahan ini.
Sebaik jalan telah dibina, pembeli boleh berbincang dengan bank di mana pembeli tertakluk kepada perjanjian pembelian baharu. 

Turut hadir Pengerusi MPP Lo Khere Chiang dan Setiausaha Tetap Kementerian Perumahan Dr Wan Lizozman Wan Omar. 

Dalam pada itu projek jalan ini akan dilaksanakan segera dan dijangka siap dalam tempoh tiga bulan. 

“Saya kesal dengan pemaju tidak bertanggungjawab ini. Sebab itu saya memper-kenalkan undang-undang baharu di bawah Ordinan Perumahan bagi memastikan peraturan yang ketat bagi mengelak salah guna kuasa oleh pemaju,” ujarnya. 


No comments:

Post a Comment