29 November 2015

Kerajaan terus bantu golongan miskin


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Kerajaan terus bantu golongan miskin

Utusan Borneo Online: 2015-11-28 

KENANGAN: Lo (tujuh kiri belakang) bergambar bersama semua penerima bantuan ASW 2020 di pejabatnya di Kuching, semalam.
46 penerima ASW 2020 bukan Bumiputera terima pelaburan RM10,000
Oleh Henrietta Liza // 

KUCHING: Kerajaan membelanjakan pelaburan bernilai RM10,000 untuk dimanfaat 46 penerima Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 untuk ke- luarga miskin bukan Bumiputera semalam. 

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata pihaknya sebelum ini mendaftarkan penerima di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sekitar 5 Jun lepas. 

“Dividen sebanyak 6.40 peratus atau RM106.67 bagi setiap keluarga dimaklumkan oleh ASNB pada 1 September lepas. Hari ini buku ASW 2020 ini akan diserah-kan kepada 46 isi rumah bukan Bumiputera. 

“Sebelum ini, keluarga yang berstatus Bumiputra, menerima bantuan ASW 2020 iaitu pada tahun 2012,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Buku Amanah Saham Wawasan 2020 itu di sini semalam. 

Pada masa sama, pihak MPP turut menyediakan bantuan sewa rumah, bantuan bina rumah kon-krit baharu. 

Katanya, kesemuanya dijalankan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.
“Bagaimanapun semua penerima harus berdaftar dan disah status miskin dalam e-Kasih sebelum layak memohon bantuan tersebut,” katanya. 

Jelasnya, pada tahun ini, paras kemiskinan ialah RM990 sebulan ke bawah dengan jumlah perkapita RM240 sebulan. 

“Keluarga miskin tegar pula adalah RM660 sebulan iaitu RM160 perkapita sebulan,” katanya. 

Lo memberitahu, MPP menerima peruntukan bagi bantuan sewa rumah sebanyak RM104,160 bagi 70 keluarga miskin pada tahun ini. 

Katanya, dengan setiap ketua isi rumah dibayar sewa rumah pada kadar RM124 sebulan atau RM1,488 setahun. 

Peruntukan bantuan bina rumah baharu sebanyak RM643,000 untuk 13 rumah yang didirikan dari tahun 2012 sehingga tahun ini. 

Turut hadir sama semalam adalah Timbalan Pengerusi MPP, Dr Zaiedi Suhaili dan Setiausaha MPP, Andrew Joris Noyen.

No comments:

Post a Comment