22 November 2015

MPP fokus pengurusan sisa pepejal


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP fokus pengurusan sisa pepejal

% 2015-11-21
Program perlu kerjasama masyarakat, sektor swasta dan kontraktor: Lo

// Oleh Saiful Bahari //




KUCHING: Kaedah pengurusan sisa pepejal kala-ngan masyarakat sentiasa menjadi agenda utama Majlis Perbandaran Padawan (MPP). 

Pengerusinya, Lo Khere Chiang berkata dengan pertumbuhan jumlah populasi pengurusan sisa pepejal semestinya merupakan perkara utama dan MPP mencari sukatan sesuai bagi memastikan sisa pepejal diurus dengan sebaiknya. 

“Untuk menjayakan program ini, MPP memerlukan jalinan kerjasama masyarakat umum termasuk sektor swasta dan kontraktor terlibat. 

“Pada masa sama, kami juga mahu setiap masyarakat bekerjasama dalam penglibatan yang menjurus ke arah persekitaran bersih,” katanya pada program pendidikan ‘Joint Solid Waste Segregatin & Recycling Education’ di SJK (C) Chung Hua Sejijak di sini semalam. 

Katanya, pelbagai langkah serta kaedah penglibatan boleh disertai orang awam menuju ke arah persekitaran bersih antaranya memulakan aktiviti kitar semula dari rumah selain mengasingkan sisa mengikut jenis. 

Menurutnya, SJK (C) Chung Hua Sejijak merupakan sekolah turut serta selepas SK Matang Jaya menjadikan program pendidikan itu sebagai projek perintis sejak 2012. 

“Pendedahan usia awal merupakan salah satu cara mendidik generasi muda berhubung isu ini dan dengan harapan melalui usaha ini persekitaran kita dalam keadaan lebih baik berbanding hari ini,” katanya. 

Sementara itu, Pengurus Kanan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Trienekens Harris Micheael berkata program itu kini memasuki tahun ketiga dan SJK (C) Chung Hua Sejijak merupakan sekolah kelima menyertainya. 

“Program ini sememang-nya direka khusus mendidik pelajar kemapanan dan peng-urusan alam sekitar menerusi asas lima ‘R’ merangkumi ‘Reduce’, ‘Reuse’, ‘Recycle’, ‘Rethink’ dan ‘Repair’,” jelasnya
Tambahnya, menerusi program yang disertai kira-kira 120 pelajar sekolah berkenaan berjaya mengasingkan dan mengitar semula barangan seberat 520 kilogram tahun ini. 

Hadir sama Timbalan Pengerusi MPP, Kaunselor Dr Zaiedi Suhaili dan Guru Besar SJK (C) Chung Hua Sejijak, Jong Siaw Hui.

No comments:

Post a Comment