Joy Angela johan Bitanding Dayung Gawea Tematu 2024
KUCHING: Gelaran johan Bitanding Dayung Gawea Tematu 2024 dirangkul oleh Joy Angela John Rover yang berasal dari Kampung Seroban, Serian.
Sementara naib johan pula disandang Phynterliana Agatha Lambeh Herryson dari Kampung Sorak Tebas Serian dan tempat ketiga dimenangi Lofrenska Fezzie Herick dari Kampung Taee, Serian.
Gelaran Miss Talent dimenangi Ivyna Natasha Jihel yang berasal dari Kampung Raso 2, Lundu manakala gelaran Miss Talent pula dimenangi Johanna Elissia Johan dari Kampung Suba Bandar, Bau.
Sementara itu, gelaran Miss Photogenic dimenangi Joy Angela John Rover dari Kampung Seroban, Serian; gelaran Miss Popularity dimenangi Christina Elayna Goim dari Kampung Tematu.
Lofrenska Fezzie Herick dari Kampung Taee, Serian pula memenangi tiga gelaran iaitu Miss Tourism, Miss Best Contemporary Dress dan Miss Best Costume.
Pemenang Bitanding Dayung Gawea Tematu 2024 membawa pulang hadiah RM2,000 (tunai), mahkota, bunga, selempang, trofi, hamper dan sijil penyertaan.
Naib johan pula, membawa pulang hadiah RM1,800 (tunai), mahkota, bunga, selempang, trofi, hamper dan sijil penyertaan manakala tempat ketiga membawa pulang RM1,500 (tunai), mahkota, bunga, selempang, trofi, hamper dan sijil penyertaan.
Hadiah sagu hati membawa pulang RM300 (tunai), hamper dan sijil penyertaan.
Bagi pemenang kategori subsidiari masing-masing membawa pulang RM400 (tunai), trofi, bunga dan selempang.
Karnival Gawai Tematu 2024 itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang mewakili Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan di Dewan Serba Guna KRPPDS Kampung Tematu.
Karnival tersebut telah mendapat dana daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak bagi melaksanakan program itu dengan jayanya.
Pihak penganjur turut menampilkan persembahan kebudayaan daripada kumpulan Peruncong dari Kampung Pichin dan Bung Bratak Culture Group, persembahan alat muzik tradisional ‘Sirotuang’, persembahan jemputan khas iaitu ‘Bombo Bijebuh’ serta persembahan daripada Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Kuching dan persembahan daripada wakil Onak Dayung Gawea Tematu 2024.
Pengerusi pengelola Karnival Gawai Tematu 2024 dan Bitanding Dayung Gawea Tematu John Pata James Jumin dalam kenyataannya menyatakan harapan agar penganjuran edisi ke-10 pada 2025 akan menjadi lebih meriah lagi.
Justeru, beliau mengalukan syarikat korporat dan organisasi untuk kerjasama dan tajaan bagi tahun mendatang.
https://www.utusanborneo.com.my/2024/06/30/joy-angela-johan-bitanding-dayung-gawea-tematu-2024
No comments:
Post a Comment