28 June 2024

Kementerian Kerja Raya perlu beri keutamaan segera pembinaan jejambat Batu 8, Penrissen

Kementerian Kerja Raya perlu beri keutamaan segera pembinaan jejambat Batu 8, Penrissen

Lo (left) presenting the paperwork requesting for construction of flyover in Mile 8 to Nanta during their meeting in Sibu in May. 

KUCHING: Pembinaan persimpangan jejambat di Batu 8, Jalan Penrissen diberi keutamaan segera oleh Kementerian Kerja Raya.

Adun Batu Kitang Datuk Lo Khere Chiang berkata, beliau ke Sibu pada Mei tahun lalu berjumpa Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, memaklumkan pembinaan segera jejambat tersebut.

Katanya, Nanta berjanji permohonan tersebut diberi keutamaan segera oleh kementeriannya.

“Pada 24 Jun 2024, Yang Berhormat Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan kelulusan jejambat ini dan memberi kelegaan kepada ramai pengguna jalan raya yang menggunakan jalan ini untuk ke sekolah dan ke tempat kerja setiap hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Khere Chiang berterima kasih kepada Alexander kerana meluluskan permohonan tersebut.

Katanya, beliau sebelum ini membangkitkan permohonan tersebut pada sidang DUN pada April tahun lalu dan sekali lagi pada April dan Mei tahun yang sama.

Pada masa yang sama, beliau menggesa Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen memohon pembinaan jejambat tersebut di Parlimen.

Bagaimanapun, beliau berkata, Chieng Jen dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini berkata kemungkinan tiada keperluan membina jejambat tersebut.

Tambahnya, sebelum ini Chieng Jen berpandangan yang perlu dilakukan ialah melaraskan masa lampu isyarat bagi menyelesaikan kesesakan lalu lintas di persimpangan Batu 8.

https://suarasarawak.my/kementerian-kerja-raya-perlu-beri-keutamaan-segera-pembinaan-jejambat-batu-8-penrissen/

No comments:

Post a Comment