17 June 2024

Amalan suka bantu-mambantu di Sarawak harus diteruskan: Lo

Amalan suka bantu-mambantu di Sarawak harus diteruskan: Lo

Lo (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima daging korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini.
Lo (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima daging korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini.

BAU: Sarawak sudah lama membudayakan amalan suka bantu-mambantu dan harus diteruskan sebagai teladan generasi seterusnya kata Dato Lo Khere Chiang hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang berkata demikian kepada pemberita sambil menambah bahawa bantuan yang diberikan itu datangnya daripada masyarakat yang majmuk.

"Saya perhatikan di kawasan saya apabila ada orang yang mengalami masalah, seperti rumah terbakar, apabila seseorang masuk hospital, orang kampung akan datang untuk membantu.

"Mereka yang lebih berkemampuan akan memberi lebih, mereka yang kurang berkemampuan akan memberi lebih sedikit dan semua orang berkumpul dan itu menjadikan hidup lebih mudah bagi orang yang berada dalam kesusahan.

"Semua orang turun membantu untuk masyarakat di kampung Bidayuh, juga kampung bagi masyarakat Iban atau kawasan yang didiami masyarakat Cina," katanya semasa pengagihan daging korban di Masjid Darul Ehsan di sini.

Agihan daging korban untuk golongan yang memerlukan itu diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dan dihadiri penduduk dari Kampung Haji Baki A, B dan C.

Tambah beliau bantuan yang dihulurkan turut diberi sokongan daripada pihak kerajaan negeri yang tidak pernah lekang membantu golongan yang sangat memerlukan di sini. 

Lo juga telah mengagihkan sekitar 10 ekor lembu kepada tujuh kampung yang melakukan ibadah korban dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang.

Menyentuh mengenai tradisi menjalankan ibadah korban di sini, beliau katanya amat menyukai budaya masyarakat yang beragama Islam kerana agihan daging tersebut nanti akan diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Beliau juga gembira kerana ada pihak yang turut menyumbang bagi tujuan ibadah korban tersebut menjadikan ia lima ekor lembu untuk dikorbankan bagi kampung berkenaan pada tahun ini.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/06/17/amalan-suka-bantu-mambantu-di-sarawak-harus-diteruskan-lo?

No comments:

Post a Comment