06 September 2017

Unjustly Implicated Of Wrongdoings by DAP's Abdul Aziz Isa

Having been recently accused of oppressing the Bidayuh hawker traders in Pusat Penjaja Komuniti Kpg Bumbok, it was a statement that I find utterly hilarious and totally ridiculous! 

Would Padawan Municipal Council(MPP) spend nearly RM1 million in upgrading the roads, drainage and building a new hawker stall centre complete with proper parking lots and access roads for Kampung Bumbok, if it was our intention to oppress and devastate them?

MPP has had numerous dialogue sessions with those traders in the village hall, at the new hawker centre itself, and even at the council level. Mutual agreements have been made between all parties on further efforts that will be taken in improving the new hawker centre, to accommodate for the needs and comfort of both traders and customers alike. This will include electricity and water supplies, more internal lightings, sunshades for the new centre, signboard, and even a container storeroom for the traders to store all their valuables - just to name a few. 


Majority of the traders have agreed to move into the new hawker stall centre. Acknowledging the fact that there are a handful of those who are still adamant in staying put at the old trading stalls, do understand that evicting the old roadside hawker stalls was a collective decision made by the council after taking into consideration the arguments heard from both sides of the traders themselves. If only everybody would cooperate and trade in the newly-built hawker centre, there will be business for everybody.


To be unjustly implicated of wrongdoings by Abdul Aziz Isa 阿都阿兹, shows the political immaturity and puerile behaviour of one who dreams to be a leader some day. Responsibility comes not only in actions, but through our words. Offensive languages are detrimental to our society, especially to our youths who are our future leaders. So choose your words wisely, and use them responsibly.


Abdul Aziz Isa 阿都阿兹伊砂 should have had the courtesy to call on the Ketua Kampung to better understand both sides of the stories, and make an effort to bring the two groups together, instead of stirring sentiments on one side and creating enemies among the traders. If Abdul Aziz was truly sincere and concerned with the so-called plight of those traders, he should not have created such misunderstandings to cause disunity. A better solution would have been to bring those two groups together to work on common grounds for a mutual agreement to better suit every one's needs.






Dituduh baru-baru ini di atas sebab menindas para penjaja Bidayuh di Pusat Penjaja Komuniti Kpg Bumbok, ianya merupakan kenyataan yang amat lawak dan paling tidak masuk akal! 

Adakah mungkin Majlis Perbandaran Padawan (MPP) sanggup membelanjakan hampir RM1 juta untuk menaik-taraf jalan raya, saliran pemparitan, dan membina sebuah pusat gerai penjaja baru yang lengkap dengan tempat letak kereta khas dan simpang susur untuk Kampung Bumbok, sekiranya betul niat kami adalah untuk menindas dan menyusahkan para penduduk?


MPP telah banyak kali mengadakan sesi dialog bersama para penjaja, samada di dewan kampung, di pusat penjaja baru itu sendiri, dan juga di peringkat majlis. Persetujuan bersama telah dibuat di antara kesemua pihak dalam mengenalpasti usaha selanjutnya yang akan diambil untuk meningkatkan lagi keadaan pusat penjaja baru tersebut, bagi memenuhi keperluan dan keselesaan para penjaja dan pelanggan. Ini termasuk bekalan elektrik dan air, penambahan pencahayaan dalaman, pelindung matahari, papan tanda, dan juga sebuah stor kontena bagi para penjaja untuk menyimpan kesemua barang berharga mereka.


Majoriti daripada para penjaja telah bersetuju untuk berpindah masuk ke pusat gerai penjaja baru tersebut. Akan tetapi, dalam menyedari bahawa secara hakikatnya, terdapat segelintir daripada golongan penjaja yang masih enggan berpindah dan bersungguh-sungguh dalam mengekalkan lokasi gerai penjaja yang lama, saya ingin menegaskan bahawa perpindahan lokasi ke pusat gerai penjaja yang baru itu adalah keputusan kolektif yang dibuat oleh MPP setelah mengambilkira pendapat dan perbalahan daripada kedua belah pihak golongan penjaja itu sendiri. Sekiranya kesemua mereka mampu bekerjasama dan berdagang di pusat penjaja yang baru dibina tersebut, maka wujudlah peluang perniagaan untuk semua orang.


Saya ingin mengulas dengan lebih lanjut dan menjelaskan bahawa tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Abdul Aziz Isa 阿都阿兹, hanya mempamerkan ketidakmampuan politik dan kelakuan kurang matang daripada seseorang yang seringkali mengimpikan untuk menjadi seorang pemimpin pada suatu ketika nanti. Sifat bertanggungjawab bukan hanya dilihat melalui perlakuan kita, tetapi juga melalui adab bahasa dan kata-kata kita. Penggunaan bahasa yang kurang sopan dan tidak beradab mampu merosakkan nilai tatasusila dan kesopanan masyarakat kita, terutamanya sekali pada belia muda - mudi yang akan menjadi pemimpin masa depan kita. Oleh itu, pilih lah kata-kata anda secara bijak, dan gunakannya dengan penuh rasa tanggung-jawab.


Adalah lebih sopan juga sekiranya Abdul Aziz Isa 阿都阿兹伊砂berbincang terlebih dahulu dengan Ketua Kampung agar dia sendiri dapat memahami situasi kedua-dua belah pihak dengan lebih mendalam, dan berusaha untuk membawa kedua-dua belah pihak tersebut sama - sama berbincang, bukannya mewujudkan sentimen yang berbaur kebencian dan mewujudkan permusuhan di kalangan para penjaja. 


Sekiranya Abdul Aziz benar-benar ikhlas dan prihatin dengan apa yang dialami oleh para penjaja tersebut, dia tidak sepatutnya mewujudkan ketidaksefahaman seperti itu yang boleh mencetuskan perpecahan kaum. Penyelesaian yang lebih baik adalah dengan membawa kedua-dua belah pihak penjaja supaya bekerjasama dan bersetuju untuk mencapai matlamat bersama dalam memenuhi keperluan masing-masing.












No comments:

Post a Comment