17 September 2017

Happy 54TH Malaysia Day - 16 September 2017







Happy 54th #Malaysia Day, children of #Sarawak!!! Keep the spirit of #UNITY burning and soar to #victoryUphold what is rightfully ours and reap the fruits of our soil! Alone, we are only a drop. But #TOGETHER, we are a mighty ocean!


Selamat Hari Malaysia kepada anda semua, penduduk kawasan Batu Kitang yang sememangnya tidak pernah lekang di hati…

Pada hari ini, 54 tahun yang lampau, Persekutuan Tanah Melayu telah bergabung dengan Sarawak, Sabah, dan Singapura untuk membentuk apa yang kita lihat hari ini sebagai Malaysia. Mungkin ada di antara kita yang masih keliru dengan laungan yang seringkali berbeza, contohnya  Hari Malaysia, Hari Sarawak, ataupun Hari Kebangsaan. Di sini, saya ingin memperjelaskan dan menghuraikan sedikit sebanyak berkenaan perbezaan maksud di atas. 

31 Ogos, 1957 adalah hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada jajahan British. Inilah yang dipanggil Hari Kebangsaan. Pada masa tersebut, Malaysia masih belum wujud lagi, malah Sarawak pun masih di bawah jajahan British. Jadi, boleh juga kita fikirkan sendiri, apakah nilainya tarikh ini kepada Sarawak…?

22 Julai, 1963 adalah Hari Kemerdekaan Sarawak. Sarawak telah diberikan hak berkerajaan sendiri dan dilepaskan daripada jajahan British. Maksudnya, Sarawak telah merdeka pada 22.7.1963. Masa itu juga, Ketua Menteri Sarawak yang pertama, Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan telah dilantik dengan 5 orang menteri kabinet nya. Tetapi kemerdekaan Sarawak tidak kekal lama. Hanya untuk dua bulan sahaja…

Selepas itu, pada 16 September, 1963… kita telah membentuk Malaysia, melalui Perjanjian Malaysia 1963. Satu perjanjian yang membela keistimewaan dan hak rakyat Sarawak dan Sabah. Satu perjanjian yang mesti kita, sebagai anak jati Sarawak, perjuangkan demi tanahair dan ibu pertiwi Sarawak.

Hidupkan semarak api yang membara di jiwa kita. Demi masa depan generasi baru dan demi Sarawak yang tercinta.
Selamat Hari Malaysia yang ke-54.


No comments:

Post a Comment