18 May 2015

SUPP buat persediaan calon bagi 19 kerusi


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » SUPP buat persediaan calon bagi 19 kerusi


2015-05-18
RASMI: Lo (tengah) menendang bola futsal sebagai tanda simbolik perasmian gelanggang baharu di RPR Batu Kawa yang diakhiri oleh kumpulan veteran memainkannya dengan menggunakan kain sarung atau lebih dikenali sebagai ‘sabok’ (dalam bahasa tempatan) di Kuching, semalam. 

Parti keluar arahan agar setiap cawangan di konstituensi menamakan calon mereka di setiap kawasan
Oleh Henrietta Liza // 

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sudah membuat persediaan calon bagi 19 kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) akan datang. 

Timbalan Setiausaha Agung SUPP Sih Hua Tong berkata demikian sambil memberitahu bahawa pihak parti telah mengeluarkan arahan agar setiap cawangan parti di semua konstituensi untuk menamakan calon mereka di setiap kawasan. 

“Pusat belum menerima lagi senarai nama calon tetapi semua cawangan boleh menghantar nama kepada pihak pusat. 

“Asalkan parti pusat belum mengumumkan nama-nama tersebut, kita tidak berani cakap.
“Sama ada ia sudah muktamad atau ada pandangan untuk calon dinamakan di kawasan-kawasan mereka sendiri. 

“Ia harus datang daripada akar umbi bukannya tiba-tiba sahaja muncul. Gambaran juga betul-betul kita tidak tahu, tidak berani saya cakap,” katanya ketika ditemui pada program Jom Santai Bersama Keluarga anjuran KRT dan Tadika Perpaduan Batu Kawa di sini semalam. 

Beliau juga memberitahu pemberita bahawa penggugguran calon terpulang kepada cawangan-cawangan berkenaan. 

Daripada 19 kerusi buat masa sekarang, hanya latihan persempadanan yang baharu itu belum lagi terjadi. 

Namun, latihan pekerja parti dan calon memang telah dimulakan sekian lama mengikut modul jentera yang telah disediakan.




“Bagi calon, mereka dikehendaki turun padang sama ada melakukannya dalam skala besar atau kecil, atau secara senyap dan berprofil tinggi,” tegasnya. 

Sementara itu pada program yang sama, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata, anak-anak penting untuk diajar dari kecil akan rasa tanggungjawab dan dididik dengan sifat serta nilai yang baik agar pandai menjaga diri dan keluarga mereka. 

“Kita selalu mendengar anak-anak yang tidak dijaga oleh ibu bapa dengan baik sering melakukan jenayah seperti merompak dan mengambil dadah dan sebagainya. 

“Justeru, utamakan pendidikan kerana ia merupakan asas kepada permulaan kepada sebuah kehidupan yang lebih baik bagi anak-anak pada masa depan,” katanya. 

Timbalan Pengerusi KRT yang juga Pengerusi Komuniti 1Malaysia Cawangan Batu Kawa Wan Makhdar Wan Bujang ketika ditemui memberitahu, tujuan utama program itu diadakan adalah bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan penduduk dan pelajar sekolah. 

Program sehari itu antara lain memuatkan aktiviti menarik seawal 7.30 pagi yang dimulakan dengan senamrobik, jualan gerai, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika dan sukaneka. 

Pada majlis itu juga, Lo merasmikan gelanggang futsal yang telah dinaik taraf bernilai RM10,000 daripada Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) untuk kegunaan penduduk di kawasan itu dan sekitarnya.

No comments:

Post a Comment