26 May 2015

MPP guna dana sendiri bagi pasang lampu jalan

Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP guna dana sendiri bagi pasang lampu jalan

Utusan Borneo Online: 2015-05-26

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan menggunakan dana simpanan sendiri sebanyak RM1 


juta untuk memasang lampu jalan di lokasi-lokasi utama dalam kawasan seliaannya.
Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata penggunaan dana tersebut adalah bagi memenuhi permohonan yang tinggi terhadap lampu jalan oleh masyarakat di kawasan seliaan majlis. 

“Kami telah mendapat kebenaran untuk menggunakan simpanan majlis sebanyak RM1 juta bagi tujuan memasang lampu jalan. 

“Ini kerana, majlis selama ini telah menerima permohonan yang begitu banyak terhadap lampu jalan tetapi kami tidak dapat menunaikannya kerana dana yang tidak mencukupi,” katanya. 

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPP di ibu pejabat MPP, Kota Padawan dekat sini semalam. 

Bagaimanapun, Lo berkata dana sebanyak RM1 juta itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi keseluruhan permohonan bagi lampu jalan di seluruh kawasan majlis. 

Jelas beliau, MPP sebenarnya memerlukan kira-kira RM3 juta untuk memenuhi keseluruhan permohonan tersebut. 

“Namun, kami akan menggunakan sepenuhnya dana sebanyak RM1 juta ini untuk memasang lampu jalan di kawasan yang diberi keutamaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment