10 May 2015

Padawan 4×4 Off- Roaders Extreme pasti menarik


Halaman Utama (/) » Sukan (http://www.utusanborneo.com.my/sukan) » Padawan 4×4 Off- Roaders Extreme pasti menarik

2015-05-09
KUCHING: Padawan International 4×4 Off-Roaders Extreme Challenge 2015 berlangsung di Skim Penempatan Semula Bengoh bermula 22 hingga 24 Mei ini. 
 
Pengerusi Penganjur, Ahli Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Wilfred Yap semalam berkata persiapan akhir giat dijalankan menjadikan penganjuran kejohanan pacuan empat roda itu sebagai satu acara bertaraf antarabangsa terbaik selain meletakkan Sarawak di atas peta pelancongan permotoran. 

Dijangka, tetamu kehormat acara tersebut ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem. 

Yap, Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, Pengarah Teknikal SARSA Motorsport Lucas Tan bersama ahli-ahli jawatankuasa penganjur terdiri ahli majlis dan pegawai lain memberi taklimat mengenai perkembangan terkini acara itu kepada Menteri Muda Kesihatan merangkap ADUN Bengoh, Datuk Dr Jerip Susil. 

Tujuan taklimat tersebut bagi memaklumkan kepada Dr Jerip mengenai pelan tapak bagi pelbagai aktiviti sampingan dan kemudahan bakal disediakan selain aspek keselamatan semasa pertandingan. 

Trek digunakan direka khas memberi peluang terbaik kepada peserta dari Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Semenanjung Malaysia dan Sabah menunjukkan kemahiran dan keupayaan mereka mengendalikan pacuan empat roda di atas pelbagai jenis permukaan trek seperti batu, lumpur dan air. 

Selain perlumbaan, banyak aktiviti lain diadakan seperti persembahan ‘world famous ring ladies’, konsert, pameran motosikal dan kereta, pameran kereta lumba dan Pertandingan Kumang Gawai. 

Pertandingan juga diadakan untuk pengamal media yang membuat liputan pada acara itu untuk tiga kategori merangkumi ‘Gambar Terbaik’, ‘Rencana Terbaik’ dan ‘Liputan Terbaik’.

No comments:

Post a Comment