Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Usah patah hati, terus
sokong BN, kata Lo
Utusan Borneo Online: 2014-08-05
KUCHING: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kota Sentosa Lo Khere Chiang menyeru rakyat tidak patah hati sebaliknya terus menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Beliau turut mengakui walaupun terdapat kelemahan dalam parti disebabkan perselisihan faham pemimpin tertinggi dalam parti itu tetapi dirinya mempunyai kepercayaan yang tinggi bahawa ia akan selesai tidak lama lagi.
“Saya percaya pergaduhan dan perselisihan faham yang berlaku dalam keluarga besar SUPP tidak akan berlarutan dan pasti akan selesai tidak lama lagi.
“Tambahan pula, perselisihan faham itu tidak melibatkan kalangan ahli di peringkat akar umbi, ia seakan-akan hilang seperti selepas hari hujan, pasti akan nampak sinar matahari keluar,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-3 Pergerakan Wanita Taman Desa Wira Fasa 3, Batu Kawa.
Lo mengharapkan sokongan 100 peratus rakyat di Batu Kawa terhadap BN dan SUPP untuk merampas semula kerusi itu daripada DAP.
Beliau yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), ketika menjawab permintaan Ketua Kampung Taman Desa Wira, berjanji pihaknya akan menjalankan kerja menaik taraf di beberapa lokasi di kawasan itu.
“MPP ada menerima aduan dan pihak kami akan menjalankan pembetungan di Lorong 22 B dan jalan yang runtuh di Lorong 20 E secepat mungkin.
Tegasnya, MPP akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan kemudahan itu disediakan bagi rakyat di Kampung Taman Desa Wira dan sentiasa bersedia membantu sekiranya menerima aduan rakyat di situ.
Lo turut meluahkan rasa senang melihat kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan ahli parti komponen BN di Batu Kawa dan berharap usaha itu diteruskan.
Antara lain JKKK Pergerakan Wanita Taman Desa Wira Batu Kawa bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan para ahli.
Ketua Kampung Taman Desa Wira Fasa 3 Baie Aba dan isteri yang juga merupakan Pengerusi Pergerakan Wanita Taman Desa Wira Nosey Nojid hadir bersama Ketua Kampung RPR Stapok James Ringgi dan isteri.

No comments:
Post a Comment