09 August 2014

Sarawak masih selamat dikunjungi


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Sarawak masih selamat dikunjungi

Utusan Borneo Online: 2014-08-08

KUCHING: Sarawak dan bandar raya ini khasnya masih selamat dikunjungi, kata Pengerusi Majlis
Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang. 
 
Menurutnya, insiden yang mengorbankan dua pelajar juru-san perubatan warga Britain di Jalan Abell, awal pagi kelmarin yang melibatkan empat suspek tempatan bukanlah menggambarkan keseluruhan sikap rakyat Sarawak. 

Lo yang kesal terhadap insiden yang boleh memberi impak negatif terhadap Sarawak secara amnya itu, menyifatkan kejadian itu adalah satu insiden yang malang. 

“Ia adalah satu insiden yang malang untuk kedua-dua pelajar dan kita amat bersimpati ter hadap keluarga mangsa. 

“Namun, ia bukanlah menggambarkan Sarawak dan bandar Kuching khasnya tidak selamat untuk pelancong datang kerana saya yakin di sini masih selamat untuk pelancong datang bercuti,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perkara itu selepas penutupan Kursus Lite-rasi Kewangan dan Motivasi di sebuah hotel di sini semalam. 

Beliau memberitahu, insiden yang melibatkan golongan muda itu dipercayai berpunca daripada pengambilan dadah dan alkohol selain pengaruh Internet. 

“Saya berharap ibu bapa sentiasa meluangkan masa bersama anak-anak mereka dalam usaha kita memastikan golongan muda tidak terjerumus dalam aktiviti tidak sihat,” tambahnya. 

Pada masa sama, Lo me-nyarankan agar pihak berkuasa kerap turun padang melakukan rondaan supaya masyarakat khasnya pelancong asing di sini berasa selamat untuk keluar. 

“Kemudahan seperti kamera litar tertutup bukannya tidak membantu tetapi dengan kehadiran anggota penguat kuasa sendiri masyarakat berasa lebih selamat,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment