16 August 2014

MPP berjaya jalankan pelbagai aktiviti komuniti di kawasan seliaannya


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP berjaya jalankan pelbagai aktiviti komuniti di kawasan seliaannya

Utusan Borneo Online: 2014-08-15

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di bawah program Residential Councillorship System
(RCS) pada tahun ini telah berjaya menjalankan pelbagai aktiviti komuniti di kawasan seliaannya. 
 
Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata setakat Jun lalu, pihaknya telah membelanjakan sebanyak RM56,629 untuk menjalankan aktiviti komuniti tersebut seperti gotong-royong, sukan, membuat pelbagai persembahan dan banyak lagi. 

“Ini merupakan langkah pertama yang diambil oleh MPP untuk merapatkan lagi jurang perbezaan di antara masyarakat dan pihak kerajaan,” katanya menerusi ucapan pada Majlis Ulang Tahun Ke-18 MPP di Ibu Pejabat MPP di sini, semalam. 

Menurut Lo, mendekati rakyat telah menjadi agenda utama MPP pada tahun ini. 

Sehubungan itu, katanya satu sistem dinamakan RCS telah dipergiatkan secara agresif dengan membuat pembahagian zon yang diwakili setiap ahli majlis mengikut kawasan masing-masing. 

Dalam pada itu, Lo berkata setiap tahun MPP juga telah menganjurkan Pesta Padawan yang merangkumi enam acara iaitu Regata Sejijak Nature Challenge, Pesta Makanan, Hiburan dan Jualan Padawan, BHR Nature Challenge, Padawan Raft Safari, Hari Memperingati Padawan dan Telaga Air Nature Challenge. 

Justeru, beliau menegaskan agar hubungan dan kerjasama yang baik harus disuburkan antara semua kakitangan, ahli majlis serta pihak pengurusan MPP. 

Turut hadir Timbalan Pengerusi MPP selaku pengerusi pengelola majlis Dr Zaiedi Suhaili dan Pemangku Setiausaha MPP Elizabeth Loh.

No comments:

Post a Comment