Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP tingkat usaha
capai matlamat hapus miskin tegar
2014-08-08
KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan meneruskan dan mempertingkatkan usaha membantu mencapai matlamat kerajaan dalam menghapuskan kadar kemiskinan tegar.
Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata, untuk itu usaha mendampingi golongan miskin di peringkat akar umbi diperhebatkan agar nasib golongan ini terbela dan tidak tercicir daripada menerima bantuan sewajarnya.
“Dalam usaha kita membantu kerajaan membasmi kadar kemiskinan rakyat di negeri ini, MPP melalui saluran Residential Councillorship System iaitu setiap seorang ahli majlis dipertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing berhubung isu kemiskinan penduduk selain keselamatan masyarakat, kebersihan dan sebagainya.
“Menerusi saluran ini, kita dapat membantu membasmi kadar kemiskinan di peringkat akar umbi supaya tidak ada golongan sasar tercicir daripada dibantu dan dibangunkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada penutupan Kursus Literasi Kewangan dan Motivasi di sebuah hotel di sini semalam.
Dalam pada itu, Lo memberitahu MPP akan bekerja rapat dengan Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga (KKWPK) bagi menjalankan program 1AZAM.
“MPP akan bekerjasama KKWPK untuk memohon lebih banyak peruntukan bagi membantu majlis merancang dan melaksana program pembasmian kemiskinan yang mampu mengubah nasib golongan ini dengan lebih berkesan,” tambahnya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar keluarga miskin yang berdaftar dengan e-Kasih yang berminat dalam program 1AZAM seperti kedai runcit, kios burger, kiosk niaga dan menggunting rumput untuk 2015 boleh mendaftarkan diri dengan MPP.
“Justeru, saya menaruh harapan agar semua peserta kursus ini dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan asas, tatacara, pengurusan perniagaan serta teknik pengaturan modal perniagaan,” ujarnya.
Kursus itu semalam dihadiri lebih 30 peserta yang terdiri daripada kalangan golongan miskin tegar dan miskin di bawah pentadbiran MPP.
Hadir sama Timbalan Pengerusi MPP Kaunselor Dr Zaiedi Suhaili, Pemangku Setiausaha Perbandaran Elizabeth Loh dan tetamu kehormat lain.

No comments:
Post a Comment