Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP beri jaminan tidak
abai kawasan terjejas bencana alam
Utusan Borneo Online: 2016-02-19
KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan mengabaikan kawasan di bawah seliaan pihaknya yang terjejas akibat dilanda banjir, tanah runtuh dan sebagainya baru-baru ini.
“Kami tidak akan melepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Maka, kami bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan NGO bagi menyelesaikan masalah dihadapi penduduk di kawasan MPP,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) MPP di ibu pejabatnya di sini, semalam.
Sementara itu, Lo berkata MPP telah merekodkan prestasi memuaskan sepanjang tahun lepas. Jelasnya, banyak program dirancang telah dilaksana dengan berjaya.
“Antaranya seperti Pesta Padawan, Program Bandar Selamat bagi mengurangkan kadar indeks jenayah dan Program Pembasmian Miskin Tegar.
“Selain itu, jalan raya di kawasan perumahan dan jalan raya di kawasan kampung juga banyak telah diturap dan siap sepenuhnya pada tahun lepas,” katanya.
Sementara itu, majlis berkenaan berlangsung meriah dengan pelbagai acara diadakan seperti cabutan bertuah, persembahan tarian singa dan banyak lagi.
Pada masa sama, Lo turut memberi angpau kepada penghuni Rumah Cheshire Sarawak yang dijemput khas pada majlis tersebut.

No comments:
Post a Comment