14 January 2016

Kemiskinan keluarga Bong mendapat perhatian SUPP


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Kemiskinan keluarga Bong mendapat perhatian SUPP

Utusan Borneo Online: 2016-01-13 
 


KUCHING: Kemiskinan hidup keluarga Bong Chee Ping yang tinggal di PPR Batu Gong, Jalan Kuching- Serian mendapat perhatian daripada Parti Rakyat Bersatu Sara-wak (SUPP) Cawangan Batu Kawa semalam yang menyumbang barangan dan makanan kepada mereka. 

Sumbangan yang diberikan sempena Tahun Baharu Cina itu telah disampaikan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang dan ahli SUPP Batu Kawa Lucas Lim. 

Bong yang berusia 48 tahun kini tidak mampu bekerja menyara keluarga kerana mengalami masalah jantung. 

Keadaan itu memaksa isterinya, Lau Hui Ching untuk bekerja sambilan di sebuah kedai kopi di Siburan dengan gaji RM25 sehari. 

“Sekarang, saya perlu bekerja untuk mendapat-kan duit bagi menyara keluarga kerana suami saya sudah tidak larat untuk bekerja lagi,” katanya ketika ditemu bual. 

Sehubungan itu, Lau amat menghargai keprihatinan SUPP Batu Kawa dan Lo yang tampil me-ringankan beban keluarga-nya. 

“Beliau (Lo) dan SUPP Batu Kawa telah banyak membantu kami... saya amat berterima kasih kepada mereka,” katanya. 

Bong dan Lau mempunyai enam anak namun anak sulung mereka adalah OKU. 

Sumbangan yang diberikan oleh Lo dan SUPP Batu Kawa semalam adalah bukan yang pertama kerana pada awal tahun lepas, mereka juga telah membantu keluarga Bong berpindah ke PPR Batu Gong. 

Selain itu, mereka turut membantu keluarga itu mendapatkan bantuan kebajikan sebanyak RM450 sebulan.

No comments:

Post a Comment