10 January 2016

Hubungan baik dengan pelanggan terus diutama


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Hubungan baik dengan pelanggan terus diutama

% 2016-01-10
RASMI: Abang Abdul Wahab (tiga kanan) dan Lo (empat kanan) bersama merasmikan Program Jom Makan Durian Bank Rakyat Cawangan Kota Padawan di Kuching semalam.
Bank Rakyat Wilayah Sarawak dalam proses bina kerjasama strategik dengan pelanggan: Mohd Salleh
Oleh Mohd Shafik Ahmad // 


KUCHING: Bank Rakyat Wilayah Sarawak akan terus menjalin kerjasama strategik dengan pelanggan terutama peringkat cawangan, kata Ketua Wilayah Sarawak, Mohd Salleh Talib.
Salleh berkata pihaknya kini dalam proses membina hubungan baik bersama pelanggan dalam usaha menjalin kerjasama strategik antara dua pihak. 
 
“Kita akan terus menjalin hubungan baik dengan pelanggan di samping menawar produk terbaharu kepada mereka. 

“Malah pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah dalam setiap produk ditawarkan kita,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Jom Makan Durian anjuran Bank Rakyat Cawangan Kota Padawan di sini, semalam. 

Hadir sama, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang, Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai dan Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kota Padawan, Sharvina Sarbini. 

Mengulas lanjut berkenaan program tersebut, Salleh berkata ia merupakan acara tahunan institusi kewangan yang bertujuan menghargai pelanggan Bank Rakyat. 

“Kita harap program seperti ini dapat diterus pada masa akan datang sekali gus merapatkan hubungan antara pihak kita dengan pelanggan,” ujarnya. 

Ditanya berkenaan penambahan cawangan di Sarawak, Salleh berkata tiada rancangan ke arah itu setakat ini. 

Menjelaskan perkara itu, katanya setakat ini Sarawak mempunyai 14 cawangan Bank Rakyat termasuk empat di Kuching melibatkan Satok, Kota Padawan, Matang dan Simpang Tiga, sementara satu di Kota Samarahan. 

“Setakat ini kita tidak mempunyai perancangan menambah jumlah cawangan, malah bilangan sedia ada ini sudah berprestasi baik dalam menawarkan perkhidmatan di negeri ini,” katanya. 

Dalam perkembangan sama, Bank Rakyat turut menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Jurugambar Akhbar Sarawak (SPPA), Jabatan Agama Islam Bahagian Kuching dan Pejabat Pendidikan Daerah Lundu.

No comments:

Post a Comment