Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Pertingkat kebersihan
kekang kes denggi semakin meningkat
Utusan Borneo Online: 2015-07-25
Utusan Borneo Online: 2015-07-25
KUCHING: Penduduk dan kontraktor di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) digesmenjaga kebersihan memandangkan kes demam denggi di negeri ini semakin meningkat.
Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata, setakat 22 Julai lalu, sebanyak 1,307 kes direkod di Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak 859 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.
Beliau memberitahu di Bahagian Kuching sahaja sebanyak 92 kes dilapor berbanding 79 kes pada tahun lepas apabila lebih 82 peratus kes demam denggi berlaku di bandar.
“Saya menggesa penduduk dan kontraktor mengamalkan kebersihan di tempat kediaman dan kawasan pembinaan masing-masing bagi mengurang risiko berlakunya kes demam denggi di kawasan ini,” katanya di sini semalam.
Lo menambah kontraktor gagal mematuhi amalan kebersihan di tempat pembinaan mengundang kepada berlakunya demam denggi akan ditutup selama 14 hari.
“Tempoh ini bagi membolehkan kontraktor menghapus semua tempat pembiakan nyamuk pembawa demam denggi ini,” katanya.
Manakala bagi penduduk gagal menjaga kebersihan rumah pula akan dikenakan denda RM500.
Dalam perkembangan lain, Lo mengkritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa Christina Chew atas tuduhan mendakwa MPP mengena kadar bayaran tinggi bagi pengiklanan di papan iklan di bawah majlis itu.
Beliau menjelaskan Christina tersilap dalam kiraan kadar bayaran iklan di papan iklan di bawah MPP sepatutnya disiasat terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan mengenai perkara itu.
Menurutnya lagi setiap iklan dipamerkan di papan iklan di bawah MPP mengikut kiraan meter persegi bukannya kaki persegi seperti yang dikatakan oleh Christina.
“Bukan MPP sahaja yang mengenakan bayaran terhadap iklan di papan iklan ini tetapi juga pihak berkuasa tempatan lain turut berbuat demikian,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment