Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Komputer berupaya
perkasa wanita yang mahu maju: Lo
Utusan Borneo Online 2017-03-18
KUCHING: Komputer berupaya memperkasakan wanita yang mahu maju dalam kehidupan jika digunakan dengan cara betul selepas mendapat latihan asas penggunaannya, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang.
Proses pemerkasaan itu menurutnya terbukti apabila ia membantu golongan wanita menyediakan kertas kerja, latihan atas talian dan malah meneroka peluang perniagaan atas talian.
“Apabila kita membincangkan tentang transformasi, ia juga bermaksud pemerkasaan dan penambahbaikan cara ini saya gemar saksikan di kawasan saya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Komputer Riba kepada Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) daripada 16 ranting dalam DUN Batu Kitang di Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di sini, kelmarin.
Lo yang juga pengerusi MPP berkata komputer riba tersebut diyakini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para wanita sekali gus mencapai matlamat dan usaha dalam memperkasakan golongan tersebut.
Selain diberi komputer riba, para penerima menurutnya diberikan latihan asas penggunaannya. “Dengan adanya komputer, saya rasa anda semua boleh melakukan lebih baik dan lebih banyak sumber. “Proses pemerkasaan wanita adalah sangat relevan kepada masyarakat pada masa ini,” ujarnya.
Enam belas ranting menerima komputer riba berserta mesin cetak itu ialah Kampung Haji Baki, Kampung Landeh, Kampung Sebuak, Kampung Paya Mebi, Kampung Betong, RPR Landeh, Kampung Sinar Baru, Kampung Batu Kitang, Kampung Batu Kitang Jaya, Kampung Lidah Tanah, Kampung Bumbok, Kampung Tematu, Kampung Sandong dan Kampung Bunga Rampai.

No comments:
Post a Comment