06 September 2016

Wajar diberikan ganjaran


Halaman Utama (/) » Sukan (http://www.utusanborneo.com.my/sukan) » Wajar diberikan ganjaran

2016-09-05
Atlet-atlet Olimpik Rio 2016 telah berjuang demi mengharumkan nama negara
KUCHING: Setiap atlet Malaysia yang bertanding pada Sukan Olimpik Rio di Brazil lalu sama ada mereka mendapat pingat atau tidak sememangnya wajar diberikan ganjaran. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, Lo Khere Chiang berkata ini kerana atlet-atlet terbabit telah bersama-sama berjuang mengharumkan nama negara dan seharusnya diberi pengiktirafan. 

“Saya berharap kerajaan persekutuan termasuk kerajaan- kerajaan negeri dan sektor swasta dapat menawarkan insentif dan ganjaran kepada setiap atlet Olimpik Malaysia yang bertanding di Rio 2016,” katanya. 

Beliau menyatakan demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh bekas ketua wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tnay Li Ping sempena majlis perasmian Hari Sukan Tahunan Tadika Bodhi di Dewan Persatuan Komuniti Kenyalang Park di sini semalam. 

Lo yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) berpendapat bahawa adalah tidak mudah terutamanya untuk atletatlet Malaysia melayakkan diri ke sukan antarabangsa tersebut. 

Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan supaya menaik taraf dan mewujudkan lebih banyak kemudahan sukan di seluruh negara untuk melahirkan lebih ramai atlet pada masa depan. 

Tambahnya, antara kemudahan sukan yang harus diberi keutamaan ialah badminton, terjun dan berbasikal. 

Pada Sabtu lalu, ratu terjun negara Pandelela Rinong yang memenangi pingat perak bersama gandingannya, Cheong Jun Hoong dalam acara 100 meter platform wanita seirama diberi insentif berjumlah RM1.3 juta dan pusat akuatik negeri turut dinamakan atas nama beliau.

No comments:

Post a Comment