30 December 2014

MPP tubuh pasukan kenal pasti, melaporkan kawasan alami banjir


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP tubuh pasukan kenal pasti, melaporkan kawasan alami banjir

Utusan Borneo Online: 2014-12-30 

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah menubuhkan pasukan yang akan berperanan mengenal pasti serta melaporkan mengenai kawasan-kawasan di kawasan seliaannya yang mengalami banjir. 

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang (gambar) berkata persiapan berkenaan adalah untuk membantu orang awam khususnya di kawasan seliaan MPP menghadapi kemungkinan banjir. 

“Pasukan MPP ini akan sentiasa bersedia membantu mengenal pasti serta melaporkan kepada bilik gerakan negeri jika terdapat kawasan yang mengalami banjir. 

“Kami tidak terlibat secara langsung dalam usaha menghadapi banjir ini tetapi merupakan rakan kepada jawatankuasa gerakan banjir negeri dan kami mahu menyediakan bantuan sewajarnya kepada penduduk di kawasan kami,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MPP di ibu pejabat MPP, Kota Padawan dekat sini semalam. 

Dalam pada itu, Lo turut menasihati penduduk terutama di kawasan MPP yang menghadapi banjir agar segera menghubungi talian hotline MPP di nombor 013-8025566 yang dibuka 24 jam. 

Katanya MPP bersedia membantu jika berlaku kejadian banjir di kawasan seliaannya dengan memastikan ia mendapat bantuan daripada agensi serta pihak yang bertanggungjawab. 

“Kami menjangkakan banyak kawasan di kawasan seliaan MPP akan menghadapi banjir jika hujan lebat turun tanpa henti. 

“Untuk itu, kami akan membantu dengan mengenal pasti kawasan terjejas dan melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment