Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP akan laksana
tender terbuka semua projek
Utusan Borneo Online: 2014-12-10
KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) sedang dalam proses untuk memperbaiki sistem penyampaian dengan mengurangkan kerenah birokrasi dan masa untuk melengkapkan proses projek tertentu bagi mengelak persepsi rasuah dalam kala-ngan orang ramai.
Dengan itu, Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata pihaknya akan menjalankan pelaksanaan tender terbuka dalam semua projek di bawah bidang kuasa MPP.
“Untuk menjadi lebih telus, MPP akan memberi lebih banyak ruang untuk penyertaan oleh semua kontraktor yang layak,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MPP di sini, semalam.
Terdahulu, Lo berkata selaras dengan program transformasi kerajaan negeri yang menekankan integriti sebagai sebahagian daripada budaya kerja dalam perkhidmatan awam negeri, MPP semalam menganjurkan Hari Integriti untuk meningkatkan akauntabiliti tadbir urus korporat dalam semua aspek ia menjalankan sistem penyampaiannya.
“MPP menyokong penuh usaha kerajaan negeri dan SPRM dalam memerangi rasuah di semua agensi dan organisasi kerajaan.
“MPP berharap dengan menganjurkan Hari Integriti 2014, ia boleh mewujudkan kesedaran di kalangan kakitangan tentang risiko rasuah,” katanya.
Turut hadir Setiausaha MPP Andrew Joris

No comments:
Post a Comment