05 December 2014

Kempen MPP galak penyusuan ibu


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Kempen MPP galak penyusuan ibu

2014-12-05 Oleh Patricia Gari //
Projek kesedaran akan berlangsung di Kota Sentosa Town Square, esok

KUCHING: Kempen ke-sedaran penyusuan ibu ‘Let’s get fit, Let’s breast feed’ akan diadakan esok, 6 Disember di Kota Sentosa Town Square di sini. 

Pengerusi Majlis Perban-daran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata projek perintis itu bertujuan meningkatkan kesedaran penyusuan ibu dalam kala-ngan masyarakat termasuk majikan. 

“Kempen dikenali ‘Let’s get fit, Let’s breast feed’ (Mari amalkan hidup sihat, Mari amalkan penyusuan ibu) menyasar semua lapisan masyarakat. 

“Hidup sihat dan cergas amat penting untuk semua orang. Namun ramai tidak sedar wujudnya halangan yang mengekang usaha me-ningkatkan amalan penyusuan ibu dan risiko tidak melakukannya khusus kepada bayi baharu lahir dan ibu,” katanya pada sidang media di sini semalam. 

Lo selaku penasihat kempen itu menambah, kewujudan pelbagai susu formula di pasaran dan dasar lemah yang tidak menyokong cuti bersalin turut menyumbang kepada kegagalan mewujudkan komuniti menyusu ibu. 

Memetik kenyataan akhbar UNICEF 2012, Lo berkata kanak-kanak yang tidak diberikan susu ibu adalah 14 kali lebih berisiko maut dalam enam bulan pertama usianya berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu secara eksklusif. 

Justeru, ujar beliau, projek perintis itu akan di-senarai sebagai program komuniti di bawah pihak berkuasa tempatan itu dengan melibatkan masyarakat umum. 

“Kita merancang untuk menganjurkan kempen sama pada skala lebih besar dengan lebih banyak penajaan dan penyertaan daripada orang ramai,” katanya. 

Kempen itu dianjurkan bersama MPP dan Persatuan Sosial dan Kebajikan Pe-nyayang Kuching dan Kelab Feminis Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak dengan sokongan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kota Sentosa serta Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching. Manakala penaja utamanya ialah syarikat Mummy Care, Drypers dan Julie’s. 

Menjelas lanjut mengenai kempen tersebut, Penasihat Kelab Feminis UiTM yang juga ahli SUPP Kota Sentosa Leelajini J Paranjothy berkata, program akan bermula pada jam 8 pagi dengan pendaftaran para peserta. 

“100 peserta pertama akan mendapat hadiah daripada penaja dan kita menggalakkan pendaftaran awal kerana tempat adalah terhad. 

“Namun, kita tidak menolak komuniti (hari) Sabtu yang lapang datang menyertai kita. Kita juga akan menganjurkan senaman zumba selama 70 minit,” jelasnya. 

Tambah Leelajini yang juga pensyarah UiTM Sarawak, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching akan mendirikan gerai pameran dan pegawai kesihatan serta jururawat akan menjelaskan manfaat penyusuan ibu. 

“Selain mempromosikan hidup sihat kempen ini memberi penekanan menjadikan amalan penyusuan ibu salah satu pendedahan awam. 

“Semua orang relevan me-ngikuti program ini termasuk kaum bapa dan pelajar, sama seperti kempen kesedaran AISD/HIV, kita tidak perlu menunggu dijangkiti untuk menyertainya,” katanya.

No comments:

Post a Comment