Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Tiba masa kembali
sokong SUPP, BN: Lo
Utusan Borneo Online 2014-10-02
Utusan Borneo Online 2014-10-02
KUCHING: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kota Sentosa Lo Khere Chiang
berharap agar pengundi di kawasan Kota Sentosa, Batu Kawa dan Batu Lintang mengembalikan sokongan
kepada SUPP dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Ini kerana, katanya, sejak dipegang oleh pembangkang, rakyat di ketiga-tiga konstituensi itu menghadapi kekangan untuk mendapat pembangunan kerana peruntukan yang minimum daripada kerajaan.
Menurut Lo yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), banyak perancangan untuk mempertingkat serta membangunkan kawasan-kawasan berkenaan tetapi disebabkan oleh sumber kewangan yang terhad, ia tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
“Untuk membangunkan sesetengah kawasan, kami (MPP) amat memerlukan peruntukan daripada kerajaan yang disalurkan menerusi wakil-wakil rakyat, namun apabila kawasan-kawasan tersebut diwakili oleh pembangkang, ia telah menjadi satu masalah besar bagi kami.
“Cukai taksiran yang kami kutip tidak dapat digunakan untuk pembangunan kerana ia sekadar mencukupi untuk membayar gaji kakitangan dan membiayai kos penyelenggaraan,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan di PPR Batu Gong, Jalan Kuching-Serian dekat sini, semalam.
Justeru, katanya sudah tiba masa untuk pengundi-pengundi di Kota Sentosa, Batu Lintang dan Batu Kawa kembali menyokong calon BN agar mereka dapat terus menikmati pembangunan yang diperlukan.
“Saya berharap agar pengundi di konstituensi-konstituensi ini sedar bahawa tiada apa yang dapat dilakukan oleh wakil rakyat pembangkang untuk mereka melainkan hanya membuat bising dengan menuduh kerajaan sesuka hati.
“Saya tidak bermaksud bahawa kita tidak boleh mempunyai pembangkang secara keseluruhannya, tetapi ia haruslah berasas dan kita juga tidak memerlukan ramai daripada mereka kerana semuanya adalah sama iaitu cuma tahu membuat bising,” katanya.

No comments:
Post a Comment