Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » SUPP, UNIMAS dan
Salvation Army bantu ringan beban keluarga Bong
Utusan Borneo Online: 2014-10-02
KUCHING: Kemiskinan hidup keluarga Bong Chee Ping kini sedikit sebanyak diringankan hasil daripada keprihatinan Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kota Sentosa, Batu Kawa dan Batu Lintang dengan disokong oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Salvation Army.
Bong yang berusia 42 tahun hanya bekerja sebagai buruh binaan namun disebabkan masalah jantung, dia tidak dapat melakukan kerja-kerja berat atau turun bekerja setiap hari untuk mencari nafkah untuk menyara isteri dan enam orang anaknya.
Isterinya, Lau Hui Ching pula hanya menjadi suri rumah yang menjaga anak-anak berusia antara tiga dan 16 tahun di mana anak sulung mereka juga merupakan orang kurang upaya (OKU).
Sebelum ini, Bong sekeluarga tinggal di rumah sewa di Bandar Baharu Batu Kawa (MJC) dan minggu lepas atas bantuan SUPP, mereka dipindahkan ke RPR Batu Gong di Jalan Kuching-Serian untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dengan kadar sewa lebih rendah.
Atas bantuan SUPP juga, keluarga itu diluluskan untuk menerima bantuan kebajikan sebanyak RM450 sebulan sejak Januari tahun ini.
“Kami sangat gembira dan bersyukur atas bantuan-bantuan yang diperolehi ini dan semuanya adalah hasil keprihatinan yang ditunjukkan oleh Pengerusi SUPP Kota Sentosa Lo Khere Chiang bersama barisan Pemuda SUPP Kota Sentosa, Batu Kawa dan Batu Lintang.
“Beliau (Lo) juga telah membantu kami membayar deposit elektrik dan menghantar rakan-rakannya untuk membantu kami berpindah dari MJC ke RPR Batu Gong,” kata Bong ketika menerima lawatan daripada Lo di kediaman baharu mereka di RPR Batu Gong semalam.
Turut mengiringi Lo ialah ahli-ahli Pemuda SUPP Kota Sentosa, Batu Kawa dan Batu Lintang serta wakil daripada UNIMAS dan Salvation Army.
Sementara itu, Lo memuji Pemuda SUPP Kota Sentosa, Batu Kawa dan Batu Lintang, UNIMAS serta Salvation Army yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu meringankan beban keluarga Bong.
“Saya gembira dan bangga melihat penglibatan Pemuda SUPP, UNIMAS dan Salvation Army dalam aktiviti yang sangat bermakna seperti ini.
Dalam pada itu, Lo yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) turut berharap orang ramai tampil membantu keluarga Bong dengan menyumbang barangan keperluan seperti tilam.

No comments:
Post a Comment