Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Tingkatkan kesedaran
masyarakat untuk menjaga kebersihan persekitaran: Lo
Utusan Borneo Online: 2014-03-15
(http://www.theborneopost.com/2014/03/15/tingkatkan-kesedaran-masyarakat-untuk- menjaga-kebersihan-persekitaran-lo/t12836/)
TINGKAT KEBERSIHAN: Lo (kanan) dan Penghulu Thian (kiri) menyapu sampah sempena kempen kebersihan di Pasar Batu Kawa Lama di Kuching, semalam.
KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) membelanjakan RM9.2 juta setahun bagi kerja-kerja pemunggahan sampah dan RM135,000 lagi untuk membersih sampah yang dibuang secara haram.
Pengerusinya Lo Khere Chiang yang gusar akan perkara itu berkata, usaha perlu dipergiatkan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan persekitaran.
“Kami ingin masyarakat tahu berapa banyak jumlah wang yang perlu dibelanjakan oleh MPP hanya untuk memunggah sampah-sampah termasuk sampah yang dibuang secara haram.
“Jika MPP membersihkan keseluruhan sampah termasuk yang dibuang secara haram saya rasa jumlahnya adalah jauh lebih tinggi berbanding yang dicatatkan ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas kempen kebersihan anjuran Sekolah Menengah Min Lit Batu Kawa Kuching di Pasar Batu Kawa Lama di sini semalam.
Tambah Lo, selain membersih sampah, perparitan dan pembuangan sampah haram, MPP turut membina rumah bagi golongan kurang bernasib baik.
Tahun lepas, katanya, MPP berjaya membina dua buah rumah untuk golongan kurang bernasib baik dengan nilai RM15,000 bagi setiap unit.
Jika MPP dapat mengurangkan kos perbelanjaan bagi kerja-kerja pembersihan sampah haram, sudah tentu lebih banyak rumah dapat dibina bagi golongan kurang bernasib baik, katanya.
Mengulas mengenai kempen semalam, Lo berkata ia merupakan inisiatif yang baik serta harus dicontohi oleh sekolah-sekolah lain dalam usaha menyemai kesedaran pelajar terhadap kepentingan menjaga kebersihan.
Selain itu, katanya, kempen tersebut diharap dapat menyemai semangat gotong-royong di kalangan pelajar dan masyarakat.
Seramai 156 murid sekolah tersebut menyertai kempen itu termasuk Guru Besarnya, Chong Kok Yah, Penghulu Thian Shin Fong, Kapitan Chai Nam Kim serta yang lain.

No comments:
Post a Comment