PAC terima respons baik berhubung isu berbangkit dalam
LKAN
2018-03-14, Borneo PostKUCHING: Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) Negeri Sarawak mendedahkan menerima respons baik daripada agensi berkaitan berhubung isu berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri II 2015.
Pengerusinya Aidel Lariwoo berkata pihaknya telah memanggil beberapa agensi kerajaan, badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk mendapatkan penjelasan tentang isu yang dibangkitkan dalam LKAN.
Menurutnya, PAC membuat pemeriksaan terhadap organisasi yang terlibat.
Mengulas lanjut, beliau turut mendedahkan bahawa lima isu yang dibangkitkan dalam LKAN 2015 Siri II termasuk pengurusan kutipan cukai taksiran, pengurusan projek pembinaan Pusat Akuatik Kompleks Sukan Sarawak, projek pengubahsuaian dan pembaikan kemudahan Pelabuhan Tanjung Manis, Sejadu Sdn Bhd dan Sarawak Information System Sdn Bhd.
“Penubuhan PAC penting untuk melaksanakan periksa dan imbang (check & balance) berkaitan perbelanjaan kerajaan yang menjanjikan pulangan maksimum kepada pembayar cukai.
“Ia bagi memastikan duit kerajaan dibelanjakan dengan sebaiknya demi memberi manfaat kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat PAC Negeri Sarawak Ke-52 di Bilik Jawatankuasa 1, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini semalam.
Aidel berkata pihaknya setakat ini telah mengemaskan kini semua siri LKAN kecuali dua siri LKAN bagi tahun 2016.
“Antara isu lain, terdapat dua siri LKAN 2016 yang belum dibentang dalam Persidangan DUN Sarawak untuk kami (PAC) membuat pemeriksaan lanjut.
“Setakat ini, semua siri telah dikemas kini kecuali dua siri LKAN 2016,” katanya.
Ahli PAC terdiri daripada Datuk Ranum Mina (BN-Opar), Chiew Chiu Sing (DAP-Tanjung Batu), Alexander Vincent (BN-Ngemah), Mohd Chee Kadir (BN- Kabong), See Chee How (PKR-Batu Lintang), Yussibnosh Balo (BN-Telian) dan Lo Khere Chiang (BN-Batu Kitang).
Manakala barisan Ex-Ofisio PAC terdiri daripada Datu Jumastapha Lamat, Toiayah Tioh, Antonio Kahti Galis, Datu Laura Lee dan Grace Hii Hui Hing.
Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » PAC terima respons baik berhubung isu berbangkit dalam LKAN
No comments:
Post a Comment