31 March 2014

Segolongan penduduk kawasan MPP masih gagal bayar cukai taksiran


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Segolongan penduduk
kawasan MPP masih gagal bayar cukai taksiran

Utusan Borneo Online: 2014-03-31

KUCHING:Segolongan penduduk yang mendiami kawasan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) masih gagal
membayar cukai taksiran hartanah kediaman dan komersil sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 
 
Kenyataan itu dikeluarkan Pengerusi MPP Lo Khere Chiang sewaktu ditemu bual melalui panggilan telefon yang juga menyatakan kesedaran itu lebih nyata di kawasan perkampungan. 

“Terdapat sedikit peningkatan, iaitu lebih kurang empat peratus setiap

tahun kerana populasi juga meningkat, bangunan dan hartanah juga bertambah disebabkan itu. 


“Akan tetapi jumlah mereka yang membayar cukai setiap tahun hanya 85 peratus dan 10 hingga 15 peratus lagi tidak membayar dan kita terpaksa membuat tuntutan menggunakan undang-undang,” katanya semalam. 

Bagaimanapun, beliau menyifatkan peningkatan itu amat memberansangkan berbanding tahun sebelumnya pada 2012. 

Kata Lo sekiranya pembayaran dibuat secara tetap mengikut skala yang diberikan oleh pihak majlis maka ia akan membantu mengurangkan masa dan wang untuk keluar dan menuntut bayaran dengan menggunakan perkhidmatan undang-undang. 

“Ini semua pembaziran, kerana pada akhirnya mereka juga yang kena bayar.

No comments:

Post a Comment