21 January 2014

200 individu kurang bernasib baik terima sumbangan wang, barangan


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » 200 individu kurang bernasib baik terima sumbangan wang, barangan

Utusan Borneo Online: 2014-01-20 

KUCHING: Seramai 200 individu yang terdiri daripada kalangan golongan kurang bernasib baik menerima sumbangan berupa wang dan barangan daripada Persatuan Peningkatan Akhlak Che Hui Khor Cawangan Kuching dan Samarahan. 

Penasihatnya Datuk Yong Khoon Seng berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan yang memerlukan dan berkongsi kegembiraan sempena Tahun Baharu Cina yang akan datang. 

“Saya berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat yang mampu bersama-sama menyumbang kepada golongan kurang bernasib baik bagi menggalakkan aktiviti amal di negeri ini,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Amal sempena Tahun Baharu Cina di Jalan Setia Raja semalam. 

Yong turut berharap agar sumbangan yang diterima setiap penerima dapat membantu golongan itu membuat persiapan untuk menyambut Tahun Baharu Cina nanti. 

Sementara itu, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata, masyarakat harus bersama-sama membantu NGO menjalankan aktiviti amal. 

“Tanpa bantuan dan sumbangan masyarakat, maka sukar bagi sesebuah pertubuhan menjalankan aktiviti amal,” ujarnya. 

Hadir sama pada majlis itu, pengerusi penganjur Kapitan Lim Soon Chiang.

No comments:

Post a Comment