Lo menunjukkan keratan akhbar yang melaporkan kritikan Abdul Aziz mengenai lampu isyarat di Batu 7/8 barubaru ini.
June 13, 2018
KUCHING, Jun 13: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang menasihatkan Abdul Aziz Isa dari DAP untuk memeriksa faktafaktanya sebelum mengkritik majlis tersebut untuk kepentingan politik sendiri, dengan mengadu mengenai lampu isyarat di Batu 7/8.
Katanya, Abdul Aziz yang kini sudah berada di pihak pemerintah pusat sepatutnya memberikan kritikan yang membina, bukannya masih bertindak seperti pembangkang dengan menentang segalanya.
Lo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang berkata pemasangan lampu isyarat tersebut bukannya dibuat secara suka suka oleh MPP, tetapi ia sudah dikaji untuk menguruskan lalu lintas dan memberi keselamatan di jalan raya.
Malah, katanya perancangan dan kelulusan pemasangan lampu isyarat di Batu 7/8 itu adalah di bawah Pihak Berkuasa Perancangan Negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR), bukan oleh MPP.
“Kerajaan hari ini tidak dapat menghentikan pembangunan di keduadua belah jalan oleh sebab itu, kita tidak dapat mengelak daripada kesesakan di jalan raya.
“Aziz akan berfikiran sempit jika beliau percaya bahawa pembukaan lampu isyarat baharu akan menjadi punca utama masalah di kawasan itu, terutamanya apabila memang sudah terdapat masalah lalu lintas di sana,” katanya.
Lo turut memberi jaminan bahawa masalah kesesakan lalu lintas di persimpangan lampu isyarat Batu 7/8 akan selesai dalam tempoh tiga
tahun lagi, sebaik sahaja pembinaan jejambat yang dicadangkan di situ siap.
“DAP perlu melihat gambaran yang lebih besar sebelum menyerang kerajaan negeri secara membabi buta.
“Politik yang diamalkan oleh mereka ini langsung tidak menghiraukan semua usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas yang telah menyusahkan rakyat begitu lama,” katanya. — DayakDaily
“DAP perlu melihat gambaran yang lebih besar sebelum menyerang kerajaan negeri secara membabi buta.
“Politik yang diamalkan oleh mereka ini langsung tidak menghiraukan semua usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas yang telah menyusahkan rakyat begitu lama,” katanya. — DayakDaily
No comments:
Post a Comment