Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Wujudkan kemudahan
lebih mesra orang buta
Utusan Borneo Online: 2016-11-01
PBT, pemaju dan kontraktor harus bina kemudahan sedemikian demi keselesaan mereka
// Oleh Borhaniza Ali Basah //
SIBU: Pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama pemaju dan kontraktor diminta bekerjasama mewujudkan kemudahan lebih mesra orang buta agar golongan itu tidak berasa dipinggirkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata masih banyak yang perlu disumbangkan masyarakat dan pelbagai pihak bagi menjadikan kehidupan golongan buta lebih selesa.
“Ini dapat dilakukan dan akses kebolehcapaian golongan buta dipertingkatkan sama ada melalui projek komersil atau projek majlis tempatan,” katanya.
Lo mewakili Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata demikian pada Majlis Makan Malam Penghargaan sempena Rumah Terbuka Ke-41 Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak (PBOBS) Bahagian Sibu di sini malam kelmarin.
Beliau berharap dengan sedikit inisitif masyarakat dan pelbagai pihak, kemudahan golongan kurang bernasib baik dapat dipertingkatkan.
Selain itu, beliau turut menggalakkan syarikat tempatan memberi peluang pekerjaan kepada golongan buta dan cacat sebagai pekerja di syarikat mereka.
“Beri peluang kepada orang buta atau cacat membangunkan diri mereka sendiri.
“Melalui cara ini, kita sedikit sebanyak memberi mereka suatu kehidupan lebih baik,” katanya.
Berhubung program Pesta Ria dan Jualan pertubuhan itu, beliau mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program berkenaan.
Beliau bangga dengan penglibatan syarikat-syarikat swasta pada program itu yang turut bersama mengumpul dana untuk disalurkan kepada pertubuhan orang buta.
“Di samping mereka membuat keuntungan dalam perniagaan, mereka juga mempunyai hati besar dan turut menyumbang tenaga melakukan kebajikan seperti ini,” katanya.
Hadir sama pengerusi penganjur Datin Judy Lau dan Pengerusi PBOBS Bahagian Sibu Clarence Ting.

No comments:
Post a Comment