Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Kapit rekod sifar
penagih baharu
2016-11-26
KUCHING: Bahagian Kapit kekal bersih ancaman dadah selepas mencatat sifar kes penagih baharu berdaftar sejak 2014 hingga kini.
Perkara itu didedahkan Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bagi menjawab pertanyaan Chiew Chiu Sing (DAP-Tanjong Batu) mengenai statistik terkini penagih dadah baharu yang berdaftar mengikut kawasan negeri ini sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-18 di sini semalam.
Hasidah menjelaskan sejak 2014 hingga Oktober tahun ini bahagian Kapit terus mencatatkan sifar kes berkaitan penagih baharu berdaftar.
“Jumlah keseluruhan kes penagih baharu berdaftar mengikut bahagian bagi tempoh 2014 hingga Oktober 2016 berdasarkan statistik dikeluar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) adalah sebanyak 1,972 orang,” katanya.
Beliau menjelaskan daripada jumlah itu, Kuching mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 624 orang bagi tempoh tersebut diikuti Miri (330), Kota Samarahan (272), Sarikei (186), Sibu (143), Sri Aman (124), Serian (78), Bintulu (73), Limbang (67), Betong (65), Mukah (10) dan Kapit (0).
Mengulat lanjut mengenai isu tersebut, Hasidah berkata, pada 2014 sebanyak 19 kes dilaporkan yang mana 14 daripadanya telah didakwa di mahkamah.
“Manakala bagi 2015, 26 kes dilaporkan yang mana 21 daripadanya telah didakwa di mahkamah dan bagi tahun ini hingga Oktober sebanyak 41 kes dilaporkan yang mana 35 daripadanya telah dihadap ke mahkamah,” katanya.
Pada masa sama Hasidah memberitahu sehingga kini, sebanyak 1,432 penagih berdaftar mengikut perintah mahkamah di seluruh Sarawak.
“Justeru, pelbagai usaha yang diambil kerajaan negeri menerusi kerjasama yang dijalinkan bersama PDRM, AADK dan PEMADAM demi membanteras masalah dadah di Sarawak,” katanya.
Sementara itu, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah

memberitahu sebanyak RM400,000 diperuntukkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Layar
untuk penyelenggaraan dan menaik taras sekolah tersebut.
“Kerajaan komited dalam menyediakan peruntukan penyelenggaraan dan pembaikan secara menyeluruh
bagi sekolah di Sarawak dan tertakluk kepada peruntukan yang sedia ada,” katanya bagi menjawab
pertanyaan Gerald Rentap Jabu (BN-Layar) mengenai bajet penyelenggaraan sekolah di DUN Layar.
|
|
No comments:
Post a Comment