01 November 2016

Masyarakat diminta hulur sumbangan kepada orang buta


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Masyarakat diminta hulur sumbangan kepada orang buta

Utusan Borneo Online: 2016-10-31

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang meminta masyarakat di sini
menghulurkan sumbangan kepada Pusat Orang Buta Sibu bagi memastikan kebajikan mereka terus dijaga. 
 
Menurutnya, orang ramai harus menyedari golongan ini turut menyumbang kepada masyarakat seperti menjadi penderma darah paling kerap. 

“Masyarakat sekeliling harus menghargai mereka dan mendidik anak-anak menyayangi golongan ini,” katanya. 

Lo berkata demikian ketika mewakili Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian pada Perasmian Pesta Ria dan Jualan Pusat Pertubuhan Bagi Orang Buta Sibu sempena Rumah Terbuka Ke-41 di sini semalam. 

Program rumah terbuka menjadi aktiviti tahunan dianjurkan oleh PBOBS Bahagian Sibu untuk mengutip dana pertubuhan bagi membantu orang buta. 

“Penganjuran program berjalan lancar atas kerjasama dan komitmen ahli jawatankuasa dan peserta mengambil bahagian pada pesta ria dan jualan,” jelasnya. 

Lo berharap penganjuran program itu mampu meningkatkan kutipan dana pusat itu kepada RM200,000 berbanding RM170,000 sebelum ini. 

Sebanyak 29 organisasi menyertai program berlangsung di Pusat Pertubuhan Bagi Orang Buta Sarawak (PBOBS) Bahagian Sibu di Jalan Bukit Lima di sini semalam. 

Turut hadir Penasihat PBOBS Bahagian Sibu Datuk Ting Ling Ching dan pengerusi pengelola Datin Judy Lau.

No comments:

Post a Comment