16 July 2014

MPP cari jalan terbaik tambah baik infrastruktur, bersikap adil


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP cari jalan terbaik tambah baik infrastruktur, bersikap adil

Utusan Borneo Online: 2014-07-16

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dalam usaha mencari jalan terbaik bagi penambahbaikan
infrastruktur dan bersikap adil demi kesejahteraan penduduk. 
 
Demikian ujar Pengerusi MPP Lo Khere Chiang sambil menyeru agar masyarakat membuat aduan berkaitan kekurangan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka kepada ahli majlis yang bertanggungjawab. 

“Terdapat 32 ahli majlis MPP yang masing-masing menjaga kawasan mereka sendiri.
“Jika rakyat menghadapi sebarang masalah di kawasan masing-masing, sila menghubungi ahli majlis bagi setiap kawasan mereka dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web kami di www.mpp (http://www.mpp). sarawak.gov.my. 

“Di samping itu, orang ramai boleh menggunakan talian khidmat yang merupakan saluran yang baik untuk menyuarakan sebarang rungutan. 

“Apabila kami menerima aduan tertentu, kami akan mencuba yang terbaik untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Taman Kwang Tiong, dekat Jalan Stephen Yong di sini kelmarin. 

Lo mendedahkan bahawa projek menurap semula jalan ke taman perumahan itu sudah lama tertangguh sedangkan kawasan perumahan itu telah wujud selama lebih daripada 30 tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment