Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Gangguan kerja naik
taraf Jalan Rantau Panjang dua bulan lagi
2014-07-07
KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan tentang gangguan bagi kerja menaik taraf Jalan Rantau Panjang (seksyen di bawah Jambatan Chong Kiun Kong), Batu Kawa untuk tempoh dua bulan lagi.
Jurutera JKR Bahagian Kuching Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan berkata projek itu telah dimulakan sejak 25 Jun lepas.
“Bagi melaksanakan projek terbabit, kerajaan pusat telah memperuntukkan RM600,000 yang telah pihak kami terima Mei lepas.
“JKR akan menjalankan kerja-kerja melebarkan jalan, meletakkan batu dan meletakkan granit (tar) serta meletakkan lampu ‘tiger eye’ di jalan tersebut selain membina sistem perparitan yang baik berbanding sebelum ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Jalan Rantau Panjang (seksyen di bawah Jambatan Chong Kiun Kong), Batu Kawa sejauh 250 meter itu akan dilebarkan kepada enam meter berbanding tiga meter sebelum ini.
Jalan tersebut memberi kemudahan kepada 10,000 kenderaan sehari yang lalu-lalang dan minimum 2,000 kenderaan sejam pada waktu kemuncak setiap hari.
Jalan terdahulu rosak dan berlubang kerana tidak dapat membawa muatan kenderaan yang semakin meningkat, namun jalan raya yang dalam pembinaan ini adalah sebaik jalan raya utama sedia ada, jelasnya.
Kenderaan berat juga boleh melalui jalan berkenaan setelah siap dibina kelak.
Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang turut menyatakan penghargaan atas kerjasama penduduk setempat yang sanggup menanti pelaksanaan projek itu setelah sekian lama.
Beliau berharap dengan siapnya jalan tersebut, maka perjalanan kenderaan akan menjadi lebih selamat dan selesa.

No comments:
Post a Comment