05 November 2019

Tindakan Chong menyamakan Belanjawan Sarawak dengan 1MDB tidak bertanggungjawab: Lo

Tindakan Chong menyamakan Belanjawan Sarawak dengan 1MDB tidak bertanggungjawab: Lo

Lo (duduk tengah) bersama Datuk Ding Kuong Hiing (GPS-Meradong) (duduk kiri) bersama ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) lain semasa sidang media di sini, hari ini. - Gambar Muhammad Rais Sanusi.
Lo (duduk tengah) bersama Datuk Ding Kuong Hiing (GPS-Meradong) (duduk kiri) bersama ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) lain semasa sidang media di sini, hari ini. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi
KUCHING: Lo Khere Chiang (GPS-Batu Kitang) menyifatkan dakwaan Chong Chieng Jen (PH-Kota Sentosa) yang menyamakan Belanjawan Sarawak dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai dakwaan tidak masuk akal.
Menurut Lo, malahan dakwaan itu juga satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh Chong, sedangkan beliau juga merupakan warga Sarawak.
"Sekarang saya tertanya-tanya, sama ada beliau (Chong) rakyat Sarawak atau Semenanjung Malaysia? Mungkin luaran beliau Sarawak tetapi jiwanya adalah Semenanjung Malaysia dari cara beliau bercakap.
"Beliau menyamakan Bajet Negeri dengan 1MDB dan harus maklum bahawa 1MDB adalah syarikat swasta dan kita adalah negeri, bagaimana anda boleh menyamakan mentabdir negeri sama dengan mentadbir syarikat swasta," katanya pada sidang media di DUN di sini, hari ini.
Lo menegaskan, Chong harus melihat Bajet Negeri Sarawak 2020, yang dibentangkan Ketua Menteri dimana daripada RM9.891 bilion keseluruhan, RM6 bilion adalah untuk perbelanjaan pembangunan dan hanya RM3 bilion untuk perbelanjaan operasi.
Berbanding Belanjawan Nasional 2020 oleh kerajaan persekutuan yang disifatkan belanjawan negatif dimana daripada RM229 bilion keseluruhan hanya 18 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.
"Daripada perbelanjaan pembangunan pula, Sabah dan Sarawak hanya menerima 17.1 peratus dan peratusan itu dikongsi bersama kedua-dua negeri.
"Namun kerajaan persekutuan mendapat RM250 juta setiap hari daripada hasil tanah dan gas kita dan seterusnya kini mereka (persekutuan) turut menerima RM80 bilion daripada Petronas...apa yang Sarawak dapat? Sarawak dapat kosong sahaja," katanya.
Lo pada masa yang sama mempersoalkan, kini sama ada Sarawak yang 'menjaga' Semenanjung atau Semenanjung 'menjaga' Sarawak.
Sementara itu, Chong yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak menyifatkan Belanjawan Negeri secara 'off budget' itu didakwa sebagai model belanjawan alternatif hampir menyerupai skandal 1MDB yang melibatkan pinjaman dan pembayaran balik menggunakan dana awam di luar buku kira-kira yang dibentangkan kepada DUN.
"Seperti yang kita dapat lihat anggaran hasil pendapatan masih sekitar RM9 bilion yang mana ini termasuk cukai jualan produk petroleum yang mana faktanya sehingga kini cukai itu belum dibayar oleh Petronas sejak ia diperkenalkan. 
"Kemudian untuk tahun berikutnya kerajaan negeri merangkumkan hasil pendapatan dari cukai jualan ini dalam Belanjawan Negeri 2020 yang mana sejak 2019 cukai ini dilaksanakan sehingga November ia belum dibayar," tegasnya. 
Malahan Chong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen menyifatkan Belanjawan Sarawak 2020 dibentangkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai satu pengurusan kewangan yang bergantung kepada pendapatan tidak wujud seperti tahun sebelumnya.
Katanya, peruntukan sehingga RM9.891 billion seperti tahun sebelumnya merupakan anggaran pendapatan hasil daripada cukai jualan produk petroleum berjumlah RM3 billion. 
 
  •  oleh 
  • No comments:

    Post a Comment