Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Rekod 123 penerima
diiktiraf pada Anugerah AKARD Ke-13 NAMLIFA
% 2016-10-01
LANCAR: Lo (tiga kanan) melakukan simbolik pelancaran Malam Anugerah AKARD Ke-13 NAMLIFA Cawangan Kuching kelmarin. Turut kelihatan Bong (empat kanan), Low (dua kanan), Krishna (dua kiri) serta tetamu kenamaan lain.
KUCHING: Anugerah AKARD Ke-13 Persatuan Kebangsaan Ejen-Ejen Insurans Hayat dan Perancangan Kewangan Malaysia (NAMLIFA) Cawangan Kuching memecah rekod dengan 123 penerima anugerah disenaraikan pada majlis tahun ini.
Malam gilang-gemilang anugerah berprestij untuk pemain industri insurans hayat khasnya di bawah NAMLIFA Cawangan Kuching itu berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.
Pengerusi penganjur Low Moi Fong berkata, sebanyak sepuluh kategori anugerah disampaikan tahun ini iaitu AKARD Rookie Star, AKARD Personal Gold, AKARD Personal Platinum, AKARD Personal Diamond, AKARD Million Dollar Agency, AKARD Mega Million Dollar Agency, AKARD Leader Direct, AKARD Builder Silver, AKARD Builder Platinum dan AKARD Builder Diamond.
Anugerah-anugerah ini disampaikan bagi mengiktiraf usaha, komitmen serta kegigihan pemain industri insurans hayat dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan insurans di negara ini amnya.
“Dengan memenangi anugerah ini, ia merupakan testimoni terbaik atas komitmen anda dalam mengekalkan standard tinggi produktiviti dan profesionalisme pengamal kewangan dan insurans hayat.
“Pada majlis ini juga kita menghulurkan sumbangan kepada Persatuan Celebral Palsy Kuching Samarahan berjumlah RM2,000 hasil daripada kutipan jualan bu-nga pada malam ini,” katanya dalam ucapan ringkas.
Dalam pada itu, malam anugerah tersebut telah dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) mewakili Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Prof Dr Sim Kui Hian.
Presiden Majlis Kebangsaan NAMLIFA, James Bong dan Pengerusi AKARD Krishnan Appanu dari Ipoh Perak turut hadir pada malam anugerah tersebut yang ditaja oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad.
“Saya difahamkan bahawa Anugerah AKARD merupakan pengiktirafan elit yang diberikan kepada pengeluar terbaik dalam industri insurans atas kecemerlangan mereka dalam penjualan serta amalan etika dalam perniagaan ini.
“Saya memuji usaha anda dalam memperkenalkan pengiktirafan elit ini dan saya berharap anugerah yang diperkenalkan dalam negara ini akan berkembang ke peringkat antarabangsa suatu hari nanti,” kata Lo.
Dalam pada itu, NAMLIFA akan menganjurkan Kongres Insurans Hayat Asia Pasifik Ke-16 di Genting Highlands tahun depan dengan 6,000 ejen insurans dijangka hadir.

No comments:
Post a Comment