Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Waspada hadapi
kemungkinan banjir awal 2016
Utusan Borneo Online: 2015-12-27
Kawasan Desa Wira merupakan antara yang berisiko banjir apabila hujan turun berterusan, kata Lo
Oleh Agnes Tugong //
KUCHING: Penduduk terutama di kawasan Desa Wira dekat Batu Kawa di sini dinasihati supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan banjir pada awal tahun 2016.
Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata kawasan Desa Wira merupakan antara yang berisiko banjir apabila hujan turun berterusan.
“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, ramai di kalangan mangsa banjir di kawasan ini enggan berpindah keluar dari kediaman mereka apabila dinaiki air.
“Keengganan penduduk berpindah keluar menyukarkan lagi situasi dan operasi membantu serta menyelamatkan mangsa banjir.
“Sehubungan itu, saya berharap penduduk akan memberi kerjasama dan mengikut arahan daripada anggota keselamatan termasuk RELA jika berlaku banjir,” katanya.
Lo berkata demikian ketika berucap pada Jamuan Malam Tahunan RELA Kawasan Desa Wira di sebuah restoran di sini, kelmarin.
Pada majlis itu, Lo turut mengingatkan anggota RELA terutama dari Kawasan Desa Wira agar sentiasa bersiap sedia menghadapi apa juga kemungkinan bencana atau insiden yang boleh menggugat keselamatan masyarakat.
Selain tanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan masyarakat, Lo turut mengingatkan peranan anggota RELA pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Sebagai agensi sukarelawan kerajaan, anggota RELA bukan sahaja membantu menjaga keselamatan dan keharmonian masyatakat malah turut menjadi tulang belakang kepada keutuhan sesebuah kerajaan.

No comments:
Post a Comment