Halaman Utama (/) » Sukan (http://www.utusanborneo.com.my/sukan) » Sesi pandu uji Formula
Renault bakal gegar MJC pada 12-13 Disember ini
Utusan Borneo Online: 2015-12-10
KUCHING: Peminat sukan permotoran tidak harus melepaskan peluang menyaksikan sesi pandu uji Formula Renault yang akan diadakan di MJC, Batu Kawa pada 12 dan 13 Disember ini.
Sesi pandu uji atau ‘simulation test’ itu julung kali dianjur menerusi kerjasama Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Pengurusan MJC Batu Kawa.
Ia akan diadakan di atas litar jalan raya yang dibina khas sejauh 3.2 kilometer.
Menurut Setiausaha Persatuan Sukan Lumba Otomotif Sarawak (SARSA), Lucas Tan yang diberi tanggungjawab mengendalikan program berkenaan, litar tersebut bakal menjanjikan cabaran teknikal kepada pelumba berpengalaman yang terlibat nanti.
“Terdapat 32 sudut dalam litar ini yang direka khas oleh penganjur untuk menjadikan sesi pandu uji ini lebih menarik dan mencabar,” ujar Lucas.
“Justeru, kita menyeru orang ramai datang menyaksikan sendiri aksi hebat pelumba-pelumba profesional semasa sesi pandu uji ini nanti.”
Menurutnya, objektif utama sesi pandu uji tersebut untuk membuktikan keupayaan Sarawak sebagai venue penganjuran perlumbaan bertaraf antarabangsa.
Lebih menarik apabila kereta Formula Renault 1.6 (tektronik) dengan kuasa enam kelajuan itu akan dipandu oleh pelumba-pelumba profesional tempatan.
Sebanyak enam kereta Formula Renault dan enam kereta sokongan akan terlibat sepanjang sesi pandu uji selama dua hari berkenaan.

No comments:
Post a Comment