30 October 2015

MPP naik taraf infrastruktur, selenggara jalan


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP naik taraf infrastruktur, selenggara jalan

Utusan Borneo Online: 2015-10-29

Belanja RM15-RM16 juta setahun untuk tujuan itu, sejahterakan masyarakat meski hadapi
kekangan kewangan
Oleh Nick Fletcher


KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) membelanjakan sebanyak RM15 hingga RM16 juta setahun untuk menaik taraf infrastruktur serta menyelenggara jalan raya di kawasan seliaannya. 

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata komitmen tersebut adalah untuk men-sejahterakan masyarakat walaupun menghadapi keka-ngan dari segi kewangan.
“Untuk itu, saya mahu penduduk dalam kawasan MPP tahu bahawa kami sentiasa bekerja keras untuk menyedia-kan segala kemudahan kepada mereka walaupun peruntukan yang diberikan kerajaan adalah terhad,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa mengadakan tinjauan ke beberapa projek kecil di kawasan MPP semalam. 

Selain itu, Lo juga berharap penduduk di kawasan MPP sentiasa memberi kerjasama dalam menyelesaikan masalah di kawasan masing-masing. 

“Kami tahu masalah yang dihadapi penduduk dan kami akan mengatasinya sebaik mungkin.
“Cuma kami tidak dapat menyelesaikannya dengan begitu segera kerana kekangan dari segi kewangan,” katanya. 

Terdahulu, Lo berkata MPP telah melaksanakan banyak projek menaik taraf infrastruktur dan penyelenggaraan jalan raya pada tahun ini. 

Jelas beliau, antara projek terbaharu ialah menaik taraf jalan di Lorong 8, 9 dan 11 di Kampung Semaba serta menaik taraf jalan di Lorong 5 dan 5/1, Jalan Semaba. 

Katanya kedua-dua projek berkenaan akan mula dilaksanakan pada awal November nanti dengan jumlah kos kira-kira RM600,000. 

“Kedua-dua projek dijadual siap pada Disember tahun ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment