09 June 2015

PBT berjaya bantu kerajaan membantu rakyat termiskin: Lo


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » PBT berjaya bantu kerajaan membantu rakyat termiskin: Lo

Utusan Borneo Online: 2015-06-09

KUCHING: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini telah menjalankan amanah kerajaan secara positif
dan keterbukaan minda untuk membantu rakyat termiskin, menjadikan mereka berjaya melaksanakannya. 
 
Menurut Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang, pihaknya telah berjaya melunaskan janji itu dengan membantu 10 keluarga termiskin pada tahun lepas. 

“Pihak kami telah mengenal pasti 12 lagi keluarga yang akan dibantu dalam program 1Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) dari Kampung Bumbok, Siburan, Kampung Kiding, Padawan, Batu Kawa pada tahun ini. 

“Dana daripada kerajaan persekutuan diberikan kepada Kementerian Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga yang kemudiannya disalurkan kepada agensi pelaksana seperti SEDC, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Pejabat Daerah dan PBT di seluruh negeri. 

“Ia menampakkan kejayaan kerana sokongan kewangan kerajaan dan PBT membantu melaksanakan kursus perniagaan, menjahit dan sebagainya untuk para peserta,” katanya ketika menyerahkan barangan untuk jualan untuk kedai runcit milik peserta 1AZAM niaga Norik Seim di Kampung Jambu, Padawan semalam. 

Peruntukan yang disediakan pihaknya berjumlah sekitar RM150,000 yang turut menampakkan kejayaan yang nyata bagi 10 keluarga program terbabit pada tahun lepas.
Pihak PBT kata Lo, akan membeli barangan dan tidak memberi tunai kepada peserta selain menyelia pembangunan AZAM kerja selepas mengendalikannya. 

“Kami telah menyelia dan ramai di kalangan peserta berjaya dan kepercayaan ini dengan sokongan kepada PBT untuk membantu keluarga melalui program yang dikendalikan kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan tegar di kalangan rakyat. 

“Walupun mereka miskin tetapi mempunyai kesungguhan dan bekerja keras untuk mengubah taraf hidup mereka dan keluarga. 

“Dan sekiranya perniagaan peserta berjaya, ia akan memberi peluang pekerjaan dan perkongsian ilmu kepada impak rantaian masyarakat yang miskin dalam kampung terlibat,” tambahnya semalam. 

Bagaimanapun penyertaan program terbabit hanya terbuka kepada peserta miskin tegar dengan mendaftar dengan e-Kasih.

No comments:

Post a Comment