21 February 2015

Perkataan ‘pendatang’ tidak pernah wujud di Sarawak: Lo


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Perkataan ‘pendatang’ tidak pernah wujud di Sarawak: Lo

Utusan Borneo Online: 2015-02-21

KUCHING: Perkataan ‘pendatang’ kepada kaum Cina tidak pernah wujud di negeri ini, kata Pengerusi
Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang. 
 
Menurut beliau, sebaliknya rakyat pelbagai kaum di negeri ini hidup dalam keadaan aman dan harmoni sejak dahulu lagi. 

“Saya percaya perkataan itu tidak pernah digunakan di Sarawak oleh masyarakatnya, sebaliknya kita semua mampu hidup aman dan harmoni. 

“Malahan saya percaya Sarawak menjadi contoh kepada negeri lain tentang bagaimana kita dapat hidup aman dan harmoni, ini semua disebabkan negeri ini memiliki toleransi paling tinggi,” katanya ketika ditemui semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) di kediamannya di sini, semalam. 

Tambah beliau, perkataan itu juga tidak pernah timbul di negeri ini dan melihat ia tidak menjadi masalah di Sarawak. 

Bagi mengelak isu sedemikian terus berlaku, beliau berkata adalah amat digalakkan supaya kaum Cina terutamanya untuk bersama-sama menunjukkan sikap bermurah hati mereka kepada masyarakat lain di negeri ini. 

“Kalau kita masyarakat Cina mampu menunjukkan sikap itu kepada komuniti lain, saya percaya Sarawak akan terus menjadi contoh kepada 13 negeri di Malaysia,” tegasnya. 

Ini terutama kata Lo semasa sambuatn TBC di mana masyarakat Cina diajak bersama untuk bermurah hati dengan tidak mengetepikan mereka yang kurang berkemampuan. 

Menurutnya lagi, melalui sikap sedemikian ia bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain tetapi akan menjadi contoh kepada kaum lain. 

“Dalam kita menyambut kemeriahan TBC ini diharapkan semua tidak melupakan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan memberi kepada golongan ini. 

“Sempena sambutan TBC ini juga diharapkan agar kita semua tidak lupa bagaimana kita bermula dari bawah sehingga menjadi semua negeri maju,” katanya. 

Sementara itu majlis rumah terbuka Lo yang bermula pada jam 10 pagi itu dihadiri oleh pelbagai kaum dan lapisan usia termasuk kakitangan MPP.

No comments:

Post a Comment