03 November 2022

Lo tak gentar berdepan DAP

Lo tak gentar berdepan DAP



Lo Khere Chiang, 62, menerima watikah hari ini daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk bertanding di kerusi P196 Stampin. 

CONNIE CHIENG

KUCHING: Tidak gentar walaupun berdepan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan lain-lain parti yang akan bertanding untuk menakluki kerusi P196 Stampin.

Itu kata Lo Khere Chiang, 62, yang dicalonkan buat kali pertama bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini.

Lo menegaskan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menunaikan komitmen ‘Utamakan Sarawak’ dalam usaha bersama memperjuangkan maruah, kedudukan dan hak rakyat Sarawak.

“GPS bukan di bawah genggaman UMNO atau Pakatan Harapan (PH) tetapi akan menang dengan menghantar 31 wakil untuk terus memperjuangkan Sarawak.

“Saya bersyukur dan dirahmati kerana dicalonkan untuk bertanding di Stampin. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemimpin GPS kita, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan semua yang telah memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada saya,” katanya.

Lo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) percaya GPS mendapat sokongan penuh rakyat Sarawak kerana tidak pernah dan tidak akan mengecewakan rakyat dalam melindungi dan terus memperjuangkan hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Parlimen.

Katanya, jika selama ini beliau hanya boleh membawa hajat rakyat peringkat negeri sahaja iaitu DUN Sarawak, namun kini, boleh membawa suara rakyat ke peringkat Parlimen.

Beliau dijangka berdepan calon DAP iaitu Chong Chieng Jen.https://www.utusansarawak.com.my/?p=36591

No comments:

Post a Comment