26 January 2020

Ketua Menteri Terima Dua Kunjungan Hari Ini

Ketua Menteri Terima Dua Kunjungan Hari Ini
KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg hari ini menerima dua kunjungan hormat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep dan Persatuan Alumni Polis Sarawak di pejabatnya Wisma Bapa Malaysia.
Kunjungan pertama adalah daripada Dato Henry Harry Jinep yang bertujuan untuk menyatakan isu penempatan baharu kampung melayu di kawasan Bau dimana ia merupakan salah satu pelaksanaan pembangunan termaktub di dalam Blueprint Daerah Bau 2016-2030
Turut bersama beliau juga ialah ADUN Batu Kitang, Lo Khere Chiang.
Manakala kunjungan kedua adalah daripada Persatuan Alumni Polis Sarawak (SAPA) yang diketuai oleh Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai selaku Presiden SAPA.
Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Ketua Menteri mengenai peranan dan fungsi persatuan terhadap kerajaan untuk terus berkhidmat dalam konteks keselamatan dan pembangunan.

https://tvsarawak.com/ketua-menteri-terima-dua-kunjungan-hari-ini/

No comments:

Post a Comment