Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP rancang bina
papan iklan gergasi
% 2015-01-30
Ia adalah langkah untuk menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan oleh MPP: Lo
Oleh Rusnan Mustafa //
KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) merancang membina papan iklan gergasi di beberapa lokasi strategik di bawah kawasan pentadbirannya.
Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata, papan iklan gergasi itu adalah langkah untuk menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan oleh MPP.
“Mesyuarat yang kami adakan pada hari ini (semalam) membincangkan langkah yang akan diambil oleh pihak majlis (MPP) iaitu perancangan kami untuk membina papan iklan gergasi di beberapa lokasi strategik di bawah MPP.
“Justeru, kami meminta orang ramai khususnya pengiklan bersama-sama memberi cadangan kepada MPP untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi pembinaan papan iklan ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis di bilik mesyurat MPP di sini, semalam.
Lo menjelaskan bahawa pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Unit Perancangan Negeri untuk mendapatkan kelulusan tapak bagi membina papan iklan berkenaan.
Menyentuh mengenai per-kara lain, beliau mengingat-kan peniaga dan penjaja di kawasan MPP berwaspada dengan teknik penyamaran yang mengguna pakai nama dan baju penguat kuasa MPP.
“Kami tidak pernah me-ngutip cukai kepada peniaga atau penjaja khususnya mereka yang menjual bunga semasa Hari Kekasih yang akan tiba tidak lama lagi.
“Jadi saya berharap peniaga berhati-hati dan tidak tertipu oleh individu berkenaan,” tegasnya sambil menambah, MPP hanya mengeluarkan permit untuk peniaga dan penjaja yang menjalankan perniagaan di tempat parkir terpilih.
Selain itu, beliau memberitahu bahawa tindakan segelintir peniaga meletakkan kerusi dan meja di tempat parkir adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.
Jelasnya, MPP tidak membenarkan mana-mana peniaga meletakkan kerusi dan meja di tempat parkir kerana ia adalah kemudahan untuk orang awam.
Justeru, beliau berharap peniaga di kawasan MPP sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

No comments:
Post a Comment