Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Miskin tegar bandar
perlu daftar e-Kasih untuk mohon bantuan bina rumah baharu
2015-01-28 KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang menyarankan golongan miskin tegar di bandar agar mendaftar dengan e-Kasih untuk membolehkan mereka memohon bantuan bina rumah baharu di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.
Jelas beliau, ini kerana ketua isi rumah yang ingin memohon bantuan bina rumah baharu perlu mematuhi kriteria kelayakan se-perti berdaftar dan disahkan status kemiskinan dalam e-Kasih, tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami dalam keadaan usang dan daif.
Selain itu, katanya, pemohon juga harus memiliki tanah sendiri atau mendapat kebenaran membina rumah daripada pemilik tanah.
“Satu syarat yang wajib dipatuhi untuk layak dipertimbangkan bagi bantuan rumah baharu ialah ketua isi rumah mesti disahkan sebagai keluarga miskin dan berdaftar dengan e-Kasih.
“Keluarga miskin tersebut juga mesti mempunyai tanah sama ada hak milik sendiri atau persetujuan membina rumah di atas tanah yang diberikan oleh pemilik tanah,” ujarnya selepas melakukan penyerahan rumah konkrit baharu kepada Jong Nit Shin di Lorong 15, Skim Penempatan Semula Stapok di sini, semalam.
Rumah yang diserahkan kepada Jong adalah dibina oleh MPP di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Tujuan program adalah untuk membina rumah yang lengkap dan selesa untuk keluarga miskin di bandar.
“Projek bantuan bina rumah baharu ini merupakan usaha murni Kerajaan Per-sekutuan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan MPP terlibat dalam mengesyorkan pembinaan rumah baharu untuk keluarga miskin yang dikenal pasti layak.
“Bagi keluarga Jong, kementerian telah melulus-kan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk MPP membina rumah baharu mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Lo berkata, MPP pada tahun ini akan melaksanakan enam projek bantuan bina rumah baharu di kawasan seliaannya.
“Penerima rumah sudah dikenal pasti iaitu di satu Kampung Sinar Baru, satu di Kampung Rantau Panjang, dua di Kampung Punau, satu di Kampung Tabuan Rabak dan satu di Kampung Mambong/ Sarig,” katanya.
Menurut Lo, sejak mula melaksanakan program pada 2012, MPP kini telah membina serta menyerahkan empat buah rumah kepada keluarga miskin iaitu di Kampung Seratau, Kampung Haji Baki, Jalan Stakan dan Skim Penempatan Semula Stapok.
Selain itu, katanya, MPP juga akan menyerahkan sebuah lagi rumah kepada keluarga miskin di Kampung Simboh dan majlis penyerahan dijangka diadakan dalam masa terdekat.

No comments:
Post a Comment