16 September 2014

Masyarakat kita masih kurang minat membaca


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Masyarakat kita masih kurang minat membaca


2014-09-15
Purata orang yang datang membaca buku di perpustakaan desa adalah tidak memuaskan: Dr
Jerip
Oleh Nick Fletcher //
 
KUCHING: Purata orang yang datang membaca buku di perpustakaan desa adalah tidak memuaskan, kata Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil. 

Keadaan itu, katanya menyebabkan usaha kerajaan untuk menggalakkan minat dan amalan membaca dalam kalangan masyarakat tidak tercapai. 

“Ini membuatkan kita dalam dilema...terdapat banyak perpustakaan desa disediakan kepada penduduk di luar bandar tetapi hanya sedikit bilangan orang yang datang membaca buku. 

“Ia menjadikan tujuan kerajaan menyediakan perpustakaan sia-sia sahaja,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Perpustakaan Desa Kampung Garung di sini, semalam. 

Sehubungan itu, Dr Jerip yang juga ADUN Bengoh menyarankan penduduk kampung agar memanfaatkan sepenuhnya perpustakaan desa yang disediakan di kawasan masing-masing.
Tegas beliau, perpustakaan desa merupakan kemudahan penting yang disediakan kepada penduduk setempat tanpa mengira usia untuk menimba pengetahuan. 

“Saya berharap penduduk setempat akan menggunakan perpustakaan dengan sepenuhnya terutama di kalangan pelajar. 

“Ini kerana, tujuan perpustakaan adalah bukan untuk mengindahkan kampung atau menunjukkan pembangunan dalam kampung tetapi ia merupakan tempat untuk semua orang menimba ilmu,” katanya. 

Turut hadir Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang dan Ketua Kampung Garung Mapu Raki.

No comments:

Post a Comment